Ustaz Abdul Somad ucap tahniah, doakan Ruddy Awah istiqamah selepas peluk Islam

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) mengucapkan tahniah dan mendoakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah agar terus istiqamah selepas memeluk Islam bersama isteri dan anak bongsunya, hari ini.

Dalam satu rakaman video yang dikongsikan di media sosial, UAS turut mendoakan Ruddy diberikan kesihatan zahir dan batin serta sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT.

“Saya ucapkan tahniah kepada YB Datuk Seri Dr. Ruddy Awah. Semoga istiqamah, diberikan Allah kesihatan lahir dan batin.

“Dijaga Allah daripada segala fitnah akhir zaman, keluarga sakinah mawaddah wa rahmah, zuriat keturunan soleh dan solehah.

“Dan kita semua akan berakhir husnul khatimah dan kita masuk dalam syurga bersama Rasulullah,” katanya.

Terdahulu, Sabah Media melaporkan Ruddy, 58, bersama isterinya, Datin Seri Asiah Udian, 56, dan anak bongsu mereka, Aswady Ruddy, 24, secara rasmi memeluk Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah di kediaman mereka di Kampung Salimpodon, Pitas.

Majlis lafaz syahadah itu disempurnakan Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dan disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isterinya, Datin Seri Juliah Salag.

Ruddy berkata keputusan memeluk Islam merupakan kemuncak perjalanan mencari hidayah sejak kira-kira 10 tahun lalu dan dibuat atas kerelaan sendiri tanpa sebarang paksaan, ugutan atau kepentingan politik.

Menurutnya, empat daripada enam anaknya telah terlebih dahulu memeluk Islam, manakala isterinya juga beberapa kali mengajaknya untuk memeluk agama berkenaan.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk mendalami ajaran Islam termasuk belajar mengaji selain merancang menunaikan umrah tahun ini.

Hajiji pula menyifatkan penghijrahan Ruddy sebagai satu detik bermakna dan meminta semua pihak menghormatinya sebagai pilihan peribadi ADUN berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat