Gelombang Baharu COVID-19 Jejas Pemulihan Sektor Perbankan

- Advertisement -

GELOMBANG baharu, sekatan dan kemajuan vaksinasi yang lembap mampu merencatkan pemulihan ekonomi serta menjejaskan peminjam.

Pengarah Bersekutu Penarafan Perkhidmatan Kewangan Asia Selatan dan Asia Tenggara, Nancy Duan berkata agensi penarafan itu juga telah menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2021 Malaysia untuk berkembang pada 4.1 peratus, turun berbanding unjuran awal sebanyak 6.2 peratus semasa Mac 2021

“Sehubungan itu, kami telah menurunkan ramalan pertumbuhan pinjaman industri kami kepada 4.0 peratus untuk 2021 daripada 6.0 peratus.

“Walaupun kerajaan sedang berusaha mempercepatkan vaksinasi. Pembendungan COVID-19 yang berkesan mampu menyokong pemulihan ekonomi yang kukuh menjelang 2022 yang kami jangka ianya akan berkembang sebanyak 6.3 peratus,” katanya dalam laporan Perbankan Global pada Khamis.

Kualiti aset bank amat bergantung secara kritikal terhadap situasi pekerjaan tempatan, memandangkan 58 peratus pinjaman dalam sistem itu terdedah kepada sektor isi rumah.

“Kami meramalkan secara keseluruhan, kadar pengangguran akan kekal stabil walaupun terdapat beberapa kelemahan daripada paras pra-pandemik sebanyak 3.0 kepada 3.5 peratus. Pada pandangan kami, kadar pengangguran boleh memuncak kepada 4.8 peratus pada 2021 sebelum menurun kepada 4.4 peratus menjelang 2022, berbanding 4.5 peratus yang direkodkan semasa 2020,” katanya.

Bagi nisbah nilai pinjaman tidak berbayar (NPL) industri, ia mungkin akan menokok kepada 3.0 hingga 4.0 peratus daripada pinjaman kasar menjelang akhir 2022, berbanding 1.6 peratus yang dilaporkan pada akhir April 2021, manakala kos kredit akan kekal tinggi pada kumulatif 110 hingga 120 mata asas (bps) berbanding 2021 dan 2022 digabungkan, daripada 79 bps semasa 2020, kata Duan.

Beliau juga menjelaskan sekitar 15 peratus pinjaman bank-bank Malaysia terangkum di bawah pelbagai langkah bantuan yang disasarkan.

Walaupun kerajaan baru-baru ini mengumumkan moratorium kedua selama enam bulan untuk semua peminjam individu termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari Julai dan seterusnya, bagaimanapun, mungkin tidak ada lonjakan dalam kadar ambilan moratorium, memandangkan mereka bakal terbeban dengan faedah tambahan.

“Kes-kes asas kami menjangkakan kebanyakan kredit yang lemah sudah dilindungi oleh program bantuan bersasar yang berterusan. Sebagai perbandingan, kadar ambilan moratorium memuncak pada 75 hingga 80 peratus akaun pinjaman industri semasa moratorium enam bulan pertama pada 2020,” katanya.

Duan dalam satu nota lain berkata penampan modal bank-bank Malaysia yang agak kukuh sebanyak 14.6 peratus nisbah ekuiti biasa Tier-1 dan pembayaran dividen yang masih berhemat adalah langkah pengimbangan yang penting dalam menyokong kedudukan serta penarafan kredit semasa.

Oleh itu, beliau melihat bahawa kadar vaksinasi adalah mitigasi risiko yang utama untuk mengurangkan kelemahan jangka pendek kepada sektor perbankan tempatan.

Varian COVID-19 baharu yang agak agresif, kekal sebagai risiko ketara kepada pertumbuhan KDNK tahun depan.

“Pemulihan ekonomi yang berlarutan boleh diterjemahkan ke dalam tekanan pasaran pekerjaan yang meningkat dan lebih banyak kesan ke atas kualiti aset untuk bank-bank tempatan,” katanya lagi.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat