Akta Keharmonian Kaum Tidak Akan Digubal – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Putrajaya tidak berhasrat untuk menggubal akta keharmonian kaum atau undang-undang baru bagi memelihara dan menjamin keharmonian dan perpaduan antara kaum dan agama.

Ini kerana kerajaan sudah mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk menjaga keharmonian antara kaum dan agama, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata mana-mana pihak sengaja mencetuskan atau mengeluarkan sebarang kenyataan menggugat perpaduan dan keharmonian rakyat boleh disiasat dan didakwa bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Ia seperti Subseksyen 4(1) Akta Hasutan iaitu kesalahan menghasut, Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, (dan) Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.

“Bahkan, Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya iaitu kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Muhyiddin menjawab pertanyaan Pang Hok Liong (PH-DAP) yang bertanya bilakah suatu akta keharmonian kaum akan digubal bagi memelihara dan menjamin keharmonian dan perpaduan kaum dan agama.

Pada Mac, Hasan Bahrom (PH-Tampin) menggesa kerajaan menghidupkan rancangan membentangkan Akta Keharmonian Nasional yang pernah dicadangkan lebih 5 tahun lalu bagi menggantikan Akta Hasutan.

Selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Pusat, gabungan berkenaan mahu menyemak semula itu.

RUU itu merupakan salah satu daripada 3 yang didraf Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (NUCC), selain RUU Kebencian Kaum dan Agama, dan RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat