Kami Blok Bebas, Tak Sokong PH atau PN, Kata Bekas MP PPBM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kesemua bekas ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM/Bersatu) yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai ahli Parlimen bebas.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, kesemua mereka kekal dengan pendirian tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahupun blok pembangkang.

Menurutnya, sebaliknya mereka akan bersama-sama Dr Mahathir berada di blok bebas yang tidak memihak kepada mana-mana pihak atau individu.

“Seperti mana yang dinyatakan Dr Mahathir, kami adalah di blok bebas. Kami tidak berada bersama kerajaan dan tidak bersama PH. Antara yang bersama kami ialah Parti Warisan Sabah (Warisan), (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu) UPKO dan parti Sarawak Bersatu (PSB),” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Pada 10 Jun lalu, Dr Mahathir memutuskan bahawa beliau dan lima ahli Parlimen bersama Warisan berada di blok bebas di dalam dan juga luar Parlimen.

Selain Maszlee, empat lagi ahli Parlimen itu ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat