Tutup ladang dua hari bukan punca bekalan ayam kurang, banyak faktor lain -Mafi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) menafikan dakwaan penutupan sementara beberapa ladang ternakan pada hujung minggu lalu adalah punca kekurangan bekalan ayam di pasaran.

Ia susulan laporan berkenaan “kartel ayam” yang menghentikan operasi pada 21 hingga 22 Mei serta penjual yang menimbang untuk mogok kerana dakwaan penangguhan pengagihan subsidi kerajaan.

Kementerian itu dalam kenyataan pada Isnin berkata pemeriksaan yang dibuat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mendapati laporan itu kurang tepat.

“Syarikat ladang ayam terbabit telah memberikan jaminan bahawa ladang-ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan, khususnya ayam diproses sama ada dalam bentuk ayam bulat, ayam ‘super’, ayam ‘standard’ serta keratan ayam.

“Pemeriksaan JPV juga mendapati kebanyakan ladang ayam bersedia untuk membekalkan ayam,” kata Mafi.

Pada masa sama, Mafi mengakui tidak dinafikan ada ladang ayam yang berdepan masalah kenaikan berat badan ayam.

Katanya, ia akibat mutu dedak, jangkitan penyakit, cuaca panas melampau yang telah mengganggu pembesaran ayam.

“Ini telah memberi kesan kepada bekalan ayam di kawasan-kawasana tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Mafi juga menjelaskan penilaian pemberian subsidi ayam kepada penternak yang membuat permohonan akan disegerakan dan permohonan yang diluluskan akan memperolehinya dalam tempoh yang telah dijanjikan.

“Mafi akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan semua pihak industri yang terlibat langsung dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam bagi memastikan kelangsungan pengeluaran bekalan,” kata kementerian itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat