Rohingya: Marah Apa Sebenarnya?

- Advertisement -

EMAIL PEMBACA

SEBELUM Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur, isu pelarian Rohingya ini tidaklah menjadi soal yang begitu besar nampaknya

Hanya selepas PKPD dilaksanakan di kawasan tersebut, nampak semacam ada kemarahan yang membuak-buak timbul di kalangan masyarakat kita terhadap mereka – berdasarkan pemerhatian di media sosial, terutama dikalangan kelompok masyarakat tertentu.

Seperti gunung berapi meletup pulak jadinya.

Setakat yang umum tahu, memandangkan PKPD di kawasan tersebut tidak seperti PKPD di tempat lain bila difahamkan (maaf kalau tersilap), tiada tempoh masa diberikan untuk penduduk membuat persediaan (bagi mengelak ada pendatang asing yang melarikan diri), timbul beberapa isu berkaitan bekalan makanan.

Ada yang dakwa, selepas 48 jam pun tidak dapat apa-apa lagi. Keadaan itu bagaimanapun telah/sedang ditangani pihak berkuasa berdasarkan kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan semalam. Maklum sajalah, kawasan kepadatan tinggi dan ditambah dengan pendekatan diambil untuk melaksanakan PKPD di situ, tentulah memerlukan sedikit masa.

Yang menjadi keutamaan pihak berkuasa sekarang ini adalah menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat dari Covid-19 ini.

Balik pada isu Rohingya tadi.

Entah bagaimana di tengah-tengah semua ini, isu pelarian Rohingya timbul. Apa masalahnya disitu? Mereka dapat kelebihan berbanding rakyat tempatankah? Mereka jadi punca virus merebakkah?

Status pelarian mereka kah?

Dalam masa yang sama, laporan pihak keselamatan negara menolak kemasukan pelarian Rohingya di laut pun sedang jadi bahan untuk pembangkang menyerang kerajaan juga.

Soalan ini bersebab. Kalau nak marah pasal mereka pembawa wabak, kena ingat wabak itu asal dari Wuhan, China, bukan tanah asal usul Rohingya. Kalau isunya mereka ini pelarian, negara kita memang tak iktiraf status pelarian, pengurusan mereka ini bawah UNHCR.

Tinggal lagi mereka sudah berada di negara kita, sudah tentulah ada aspek kemanusiaan yang perlu diambil kira kerajaan. Nanti jenayah meningkat disebabkan Rohingya terdesak nak makan, jadi isu  juga lagi.

Virusi Covid-19 ini pula tak kenal status dan kewarganegaraan – mewajarkan tindakan kerajaan menutup kawasan tersebut.

Jadi, apa isu sebenarnya kalau boleh tahu?

Md Aziz Dahlan
Tambun

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat