IPOH – Seorang wanita, membuat laporan polis, kerana mendakwa masakan kuih pau beliau yang hangus, dihina oleh pengguna Facebook yang lain.
Wanita yang menggunakan nama Shana Rosly itu dalam laporan polis yang dibuatnya berkata, masakan yang dikongsikan dalam laman Facebook Masak Tak Jadi itu adalah bertujuan untuk perkongsian, bukan untuk dihina.
“Ada 2 pemilik akaun nama Jaja dan Lof Rina telah menghina masakan saya. Mereka seolah-olah tidak puas hati dan komen yang bukan-bukan tentang masakan saya.
“Siap ada gambar babi dan sebagainya. Komen mereka seperti tidak puas hati dengan masakan saya.”
Wanita tersebut juga menuntut supaya netizen yang didakwanya menghina itu supaya membuat permohonan maaf secara terbuka.
Tinjauan SuaraTV mendapati hantaran beliau di laman Facebook berkenaan masakan hangus itu dinaikkan pada 21 April lepas.
Walau bagaimanapun, ruangan komen pada hantaran tersebut tengah dinyahaktifkan._SuaraTV