JPJ rekod hasil tertinggi dalam sejarah, perolehan RM5.07b tahun 2023 – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencipta rekod perolehan hasil RM5.07 bilion sepanjang tahun lalu.

Perolehan meningkat sebanyak 3.53 peratus berbanding RM4.9 bilion pada 2022.

“Ingin saya kongsikan dan mengucapkan tahniah kepada JPJ kerana dalam sejarah, buat kali pertama, hasil diperoleh JPJ mencecah RM5 bilion.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga JPJ dalam menjayakan peningkatan hasil ini,” umum Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika berucap pada Majlis Sua Kasih kementeriannya, di Putrajaya pada Jumaat, lapor BH.

Katanya, kutipan hasil kategori bayaran tender nombor pendaftaran kenderaan turut meningkat daripada RM 501.5 juta pada 2022 kepada RM569.6 juta tahun lalu.

“Peningkatan hasil itu termasuk siri bidaan nombor pendaftaran FF dan M_M, masing-masing pada Mei dan Ogos tahun lalu.

“Untuk siri GOLD yang dilancarkan sempena sambutan Jubli Emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 pada 1 Febuari lalu, JPJ merekodkan RM17.24 juta hasil kutipan.

“Ini termasuk GOLD 1 yang berjaya dibida oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan harga bidaan sebanyak RM1.5 juta,” katanya menambah siri nombor pendaftaran GOLD menerima 23,160 bidaan dengan 6,810 berjaya.

Loke memaklumkan, 50 peratus daripada hasil bidaan nombor pendaftaran istimewa akan disalurkan kepada inisiatif di bawah kementerian bagi 2024.

“Ia termasuk bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar, subsidi FlySISWA dan caruman PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) kepada pemandu teksi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat