Lelaki maut dipukul positif dadah methamphetamine dan ganja – polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan lelaki yang meninggal dunia disyaki akibat dipukul dengan tangannya diikat di Taman Pelangi, Semenyih 2 dekat sini Selasa lalu, positif dua jenis dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 42 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.

“Semakan dilakukan juga mendapati mangsa mempunyai 10 rekod berkaitan dadah selain dikehendaki atas kesalahan dadah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya,lapor Utusan pada Jumaat.

Susulan kes itu, Hussein berkata, dua lagi individu masing-masing berusia 22 dan 39 tahun turut ditahan di Kajang, semalam, dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

“Akan ada lagi suspek dijangka ditahan dan kita juga sudah menerima laporan dibuat oleh dua pemilik kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu.

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa melanggar dua kenderaan lain sebelum ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat dipukul,” katanya.

Hussein berkata, polis masih menyiasat motif kejadian itu selepas hasil bedah siasat dilakukan mendapati tiada kecederaan ketara pada mangsa yang menyebabkan kematian.

Beliau meminta orang ramai yang menjadi saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan.

“Kita akan melihat penulisan orang ramai dalam media sosial berkaitan kes itu sekiranya boleh dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

“Pada masa sama, kita menasihatkan orang ramai supaya tidak menokok tambah serta mengada-adakan cerita berkaitan kes ini.

“Ini kerana ia akan memberi kesan kepada siasatan dilakukan polis serta mendatangkan kegusaran kepada orang ramai,” katanya.

Semalam, media melaporkan, seorang lelaki tempatan disahkan maut disyaki dipukul serta diikat sekumpulan lelaki di kawasan Taman Pelangi Semenyih 2, Selasa lalu.

Pemandu kereta jenis Proton Saga berusia 42 tahun itu dibelasah selepas mengakibatkan kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan selebun ditemukan dalamkeadaan terbaring atas jalan dan terdapat kesan pergelangan tangan seperti diikat.

Susulan itu, polis menahan lima lelaki 22 hingga 52 tahun bagi membantu siasatan kes tersebut, Rabu lalu.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Bahagian Trafik turut membuka siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat