LGBTQ+ dalam kalangan belia semakin teruk?

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD MAWADDI BIN MOHD SOBRI

Pada era yang penuh cabar ini gejala LGBTQ+ semakin menjadi-jadi dalam kalangan belia pada masa kini. Hal ini amat membimbangkan masyarakat kerana ia boleh mendatangkan pelbagai masalah. LGBTQ+ merupakan singkatan dari Lesbian, Gay, Biseksual, Transgander dan Queer.

Gejala semakin terpengaruh dalam kalangan belia yang semakin hari semakin ramai yang memilih gejala ini dalam kehidupan mereka. Belia secara umumnya merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 25. Program Belia Komanwel pula bergerak bersama “orang muda berumur 19-29”.

Di Malaysia, belia ditafsirkan sebagai seseorang yang berumur 16 hingga 32 tahun. Hal ini mendatangkan kesan buruk kepada golongan ini dan langkah untuk mencegahnya.

Kesan buruk terhadap LGBTQ+ dalam kalangan belia akan berlaku buli dan diskriminasi kepada individu tersebut. Belia yang terlibat dalam LGBTQ+ akan menjadi mangsa buli, penghinaan, atau diskriminasi oleh rakan sebaya atau individu lain.

Hal ini boleh memberikan impak negatif terhadap kesihatan mental dan fizikal mereka. Perkara ini meningkatkan masalah tekanan mental di Malaysia. Apabila Belia LGBTQ+ yang menghadapi penyakit HIV atau AIDS, mereka akan dipulau oleh masyarakat yang mengangapkan penyakit ini akan berjangkit kepada mereka dan ada sesetengah daripada mereka dibuang kerja serta dibuang keluarga akibat daripada kesilapan yang mereka lakukan. Hal ini akan memberi tekanan kepada mereka kerana mereka hilang tempat bergantung hidup dalam keadaan yang menghidap penyakit yang boleh membawa maut.

Maka terbuktilah bahawa belia yang terjebak dengan LGBTQ+ memberikan kesan buruk kepada mereka dan mengganggu masalah mental mereka.

Pada masa yang sama, stigma masyarat dan tekanan sosial merupakan kesan buruk kepada belia yang terjebak dengan LGBTQ+. Beberapa belia yang terlibat mungkin menghadapi reaksi negatif atau kurangnya sokongan daripada keluarga mereka, yang boleh membawa kepada masalah keluarga dan perasaan kesepian.

Hal ini menyebabkan mereka terpaksa hidup bersendirian akibat pulauan daripada keluarga dan masyarakat. Perkara sebegini sering berlaku selepas mereka menghidap penyakit akibat daripada hubungan tersebut atau mereka ditipu oleh pasangan sejenis mereka yang menyebarkan video mereka bersama. Hal inilah yang menjadi punca tekanan daripada masyarakat dan keluarga yang boleh mengganggu mental dan fizikal mereka.

Masyarakat di negara kita pula akan memandang serong kepada golongan ini yang menjadi punca kepada kemurungan. Oleh itu, jelaslah bahawa belia yang terjebak dengan LGBTQ+ akan mengalami stigma masyarakat dan tekanan sosial yang boleh membawa kepada kemurungan.

Seterusnya, kesan buruk kepada belia yang terjebak dengan LGBTQ+ ialah kekurangan sokongan keluarga. Beberapa belia yang LGBTQ+ mungkin menghadapi reaksi negatif atau kurangnya sokongan daripada keluarga mereka, yang boleh membawa kepada masalah keluarga dan perasaan kesepian.Hal ini memberi kesan kemurungan kepada mereka dan boleh menyebabkan mereka untuk bunuh diri.

Perkara ini sangat membimbangkan kerana kadar bunuh diri di negara kita semakin hari semakin meningkat. Kesan ini membahayakan diri belia serta boleh mengganggu kehidupan belia tersebut pada jangka masa yang panjang. Oleh itu, jelaslah bahawa kekurangan sokongan daripada keluarga merupakankesan buruk kepada golongan belia yang terjebak dengan gejala LGBTQ+.

Di samping itu, langkah untuk membanteras gejala LGBTQ+ dalam kalangan belia pada masa kini ialah pihak kerajaan perlulah memberi pendidikan dan kesedaran kepada golongan ini. Hal ini dapat meningkatkan kesedaran tentang isu LGBTQ+ melalui program-program pendidikan dan kempen-kempen yang memahami dan menyokong hak asasi manusia.

Perkara ini perlu dilakukan di setiap institusi pendidikan kerajaan ataupun swasta untuk memberi kesedaran kepada golongan belia untuk mencegah daripada gejala ini terus berkembang dan merosakkan golongan belia. Hal ini wajarlah diambil berat untuk mengekang sepenuhnya masalah LGBTQ+ yang kian berleluasa. Oleh itu, jelaslah bahawa memberi pendidikan dan kesedaran kepada golongan LGBTQ+ merupakan langkah untuk membanteras gejala ini daripada terus berkembang.

Dalam pada itu, langkah untuk membanteras gejala LGBTQ+ dalam kalangan belia pada masa kini ialah pihak tertentu perlulah memberi sokongan mental dan emosi kepada mereka.Dengan menyediakan perkhidmatan sokongan mental dan emosi yang khusus untuk pelajar LGBTQ+, serta memastikan terdapat rangkaian sokongan dan perkhidmatan yang dapat diakses oleh mereka.

Mereka akan rasa diri mereka tidak dipinggirkan dan mereka akan bersedia untuk kembali ke pangkal jalan yang sebenar. Hal ini memberi semangat kepada mereka untuk terus dan kekal berubah daripada gejala LGBTQ+ yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan masalah. Perkara ini telah terbukti bahawa memberi sokongan mental dan emosi kepada belia yang terlibat LGBTQ+ dapat membanteras mereka daripada terus bersama geja yang tidak bermoral ini.

Kesimpulan yang boleh didapati daripada masalah ini ialah belia yang telah terjebak dengan gejala ini perlulah berubah secepat yang mungkin sebelum terlambat kerana gejala ini boleh mendatangkan pelbagai masalah kepa diri seseorang belia pada masa akan datang.

Hal ini akan menggelapkan masa hadapan belia untuk meneruskan kehidupan. Kita juga boleh amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud Ya Allah, aku berlindung dari keburukan pendengaranku, penglihatanku, lisanku, hatiku, dan maniku. Marilah kita amalkan doa ini untuk menghilangkan pikiran kotor yang ada dalam fikiran kita.

Pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat