Pelaburan nilai tinggi bukti keyakinan Jepun kepada Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan syarikat-syarikat Jepun untuk melabur kira-kira RM6.56 bilion akan
meningkatkan pelaburan Jepun di Malaysia sekurang-kurangnya RM30 bilion tahun
ini.

Ini mencerminkan keyakinan Jepun terhadap masa depan Malaysia, kata kenyataan yang diterbitkan Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat.

“Pelaburan bernilai tinggi ini akan mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi yang sama rata untuk
lebih ramai rakyat Malaysia, selaras dengan keutamaan Kerajaan di bawah kerangka
Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

“Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada kesudian Jepun untuk bersama-sama
dengan kita dalam membina semula Malaysia.

“Saya yakin masa depan kita bersama pada 2024. Kerangka Ekonomi MADANI menzahirkan kemakmuran bersama untuk semua yang komited terhadap agenda transformasi Kerajaan MADANI.

“Saya optimistik sekiranya jika semua rakyat bersatu dan bekerjasama dalam merealisasikan wawasan ini, tiada cabaran yang tidak dapat
kita atasi,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Perdana Menteri juga menyatakan, semasa lawatan kerja tersebut, hubungan diplomatik Jepun–Malaysia akan diperkukuh lagi melalui status Perkongsian Strategik Komprehensif.

“Kerjasama penting ini dikhaskan untuk hubungan strategik bersama Jepun. Di bawah jalinan
perhubungan baharu yang diperkukuh ini, kerjasama antara Jepun dan Malaysia dijangka berkembang luas, merentasi bidang ekonomi, pertahanan, sains, teknologi,inovasi, alam sekitar dan budaya.

“Produk pertama hasil Perkongsian Strategik Komprehensif baharu ialah Geran Bantuan Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan (OSA) sebanyak 400 juta yen (RM13 juta) daripada Jepun untuk meningkatkan keselamatan maritim Malaysia. Ini
adalah tambahan kepada pakatan kerjasama yang ditandatangani antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA).

Untuk rekod, ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Jepun sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Perdana Menteri turut ditemani
oleh delegasi kepimpinan tertinggi Malaysia termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
(MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang lain.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, baru sahaja menamatkan lawatan kerja lima hari ke Tokyo, Jepun, pada 16 hingga 21 Disember
2023.

Beliau telah menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun, selain menghadap Maharaja Jepun Naruhito dan Maharani Masako; pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida; dan diaspora Malaysia di Jepun.

Anwar juga turut berucap pada Mesyuarat Pemimpin Asia bagi Komuniti Pelepasan Karbon Sifar
Asia (Asia Zero Emission Community- AZEC).

Jadual Perdana Menteri yang padat mencerminkan betapa kukuhnya persahabatan yang terjalin dengan Jepun sejak sekian lama, dan juga kestabilan politik baharu dan prospek pertumbuhan dan transformasi ekonomi yang cerah di Malaysia.

Beliau telah mengadakan mesyuarat bersemuka dengan syarikat Jepun RoHM Wako, NEC Co.Ltd. (Toshiba), dan Mitsui & Co. Ltd dan turut menghadiri persidangan meja bulat dengan 25 syarikat Jepun, yang menzahirkan minat untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat