Tiada lagi keputusan siapa PM, kata Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Istana Negara masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri Ke-10 serta pembentukan kerajaan baharu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, dalam pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini, tuanku menitahkan supaya menubuhkan kerajaan perpaduan yang inklusif meliputi semua kaum, agama dan wilayah.

Selain itu, ditanya mengenai sama ada keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10, Anwar berkata ia adalah hak mutlak Agong.

“Kerajaan yang ditubuhkan harus mewakili semua kaum, semua wilayah. Jadi maknanya inklusif dalam semua hal.

“Saya berterima kasih dan menerima baik semangat kerajaan perpaduan yang kebetulan saya sebutkan semalam.

“Maka, saya telah menerima pandangan, berikan kami sedikit masa dan juga Tuanku untuk memberikan pertimbangan dan kebijaksanaan untuk memutuskan (siapa PM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Tuanku di Istana Negara petang ini.

Ditanya tentang siapakah bakal menjadi Perdana Menteri ke-10, Anwar secara berseloroh berkata, jawatan itu kini mempunyai kekosongan.

“Sekarang ni ada kekosongan jawatan dan terbuka untuk permohonan,” ujarnya.

Diajukan soalan sama ada wujud tempoh waktu yang diberi untuk membentuk kerajaan, Anwar hanya meminta agar semua pihak menghormati keputusan Tuanku.

“Secara hormatnya kita bagi ketetapan, jadi kita mintak dengan kebijaksanaan baginda untuk memutus sebaiknya,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat