Kerajaan caretaker Ismail Sabri diteruskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih kekal sebagai kerajaan caretaker dan bajet mini akan dibentang untuk pembayaran gaji penjawat awam yang akan diluluskan sebelum Januari 2023.

Menurut Perdana Menteri, Parlimen akan bersidang dan bajet mini 2023 akan dibentang untuk meluluskan emolumen penjawat awam yang dibayar pada Januari akan datang.

“Sekarang kerajaan tak ada parti yang boleh menubuhkan kerajaan kerana tidak cukup majoriti mudah 112 kerusi Parlimen, oleh itu, kerajaan yang ada ini masih kekal sebagai caretaker.

“Rakyat jangan keliru seolah-olah tidak ada kerajaan, kerajaan (sebelum ini) masih kekal sebagai caretaker.

“Malah Kabinet yang lepas masih berfungsi sebagai Kabinet caretaker kecuali yang kalah dan tidak bertanding pada PRU15. Maksudnya yang kalah tidak boleh ada jawatan menteri kerana bukan ahli Parlimen tetapi kerajaan masih boleh berfungsi sebagai biasa,” ujarnya ketika sidang media di Sunway Putra pada Selasa.

Jelas Ahli Parlimen Bera itu lagi, Parlimen akan bersidang dan bajet mini akan dibentangkan secara minimum untuk bayar gaji penjawat awam.

“Sebab gaji Januari untuk kakitangan awam mesti dibayar dan pembentangan mesti dibuat sebelum 31 Disember.

“Tidak ada perbahasan … bentang dan lulus. Tapi bajet pembangunan tidak ada,” kata Ismail Sabri lagi.

Tambah Naib Presiden Umno itu lagi, Barisan Nasional (BN) kekal dengan pendirian sebagai pembangkang.

“Malah kita tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

“Kita sedar itu merupakan kehendak rakyat yakni rakyat tidak mahu kita menjadi kerajaan.

“Keputusan PRU15 sangat buruk,” kata beliau.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menghadap baginda hari ini selepas tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kerajaan caretaker terpakai sehingga keraajaan baru dibentuk.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat