Konsep, Kepimpinan PM Sumbang Kepada Kemenangan Di PRN Melaka – Pemerhati

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dasar dan konsep `Keluarga Malaysia’ di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyakinkan rakyat mengenai usaha membawakan kestabilan negara, menjadi penyumbang kepada kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Memetik laporan DagangNews, pemerhati politik yang Presiden Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB), Datuk Agil Faisal Ahmad Fadzil berkata, Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam ‘menurunkan suhu’ politik di Malaysia dan membolehkan keadaan bergerak dengan baik.

Beliau berkata, di sini dapat dilihat bahawa masyarakat mahukan kestabilan dan perkara yang kukuh kerana tidak mahu dalam tempoh beberapa tahun akan datang kerajaan bertukar lagi.

Katanya, masyarakat di Melaka juga mahukan orang yang bersungguh-sungguh dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat dan atas dasar itu ‘katak’ dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mendapat sebarang undi kali ini.

“Prestasi terbaik Perdana Menteri buat masa sekarang adalah meletakkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kepada menteri-menterinya dan rakyat melihat perkara ini dan juga penubuhan Keluarga Malaysia,” katanya, dipetik dari laporan itu hari ini.

Dalam PRN Melaka, Sabtu lalu, BN memenangi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 28 kerusi yang dipertandingkan sekaligus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti 2/3.

Sementara itu PH meraih lima kerusi PN meraih dua kerusi.

Dalam laporan sama, Bendahari Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur, Norhisham Abdul Mutalib berkata, sejak peralihan kuasa pada 2018, rakyat terutamanya golongan peniaga mula terkesan dengan perubahan dasar yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) yang menjejaskan pendapatan mereka ditambah dengan kesan pandemik COVID-19.

Menurutnya lagi, konsep Keluarga Malaysia yang dibawa Perdana Menteri adalah sesuatu yang cukup kuat dan membuktikan BN mengutamakan kebajikan rakyat.

“Sebelum ini pelbagai projek dikaji semula semasa di bawah Kerajaan PH dan ia sememangnya memberi kesan kepada semua dari atas sampai bawah sementara di bawah kerajaan PN (Perikatan Nasional) banyak dasar yang berubah-ubah membabitkan perniagaan.

“Jadi dalam konteks ini, jenama BN ini menggambarkan kecekapan, zaman kestabilan yang di bawa sebelum ini, kemakmuran dan tahu macam mana cara untuk buat kerja,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat