PN Perlu Segera Merencana Pemberdayaan Wanita Malaysia

- Advertisement -

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

Setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020, kita mendapati kurangnya gerakan bagi membincangkan hala tuju perkembangan wanita di Malaysia. Mungkin kerana terlalu banyak isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, isu wanita semakin lama dipandang sepi oleh masyarakat umum. Namun begitu, pembangunan wanita secara keseluruhannya perlu dibincangkan dan dibentangkan supaya negara tidak ketinggalan, terutamanya apabila negara lain sudah melangkau lebih jauh di dalam usaha untuk memajukan agenda ini.

Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari (2030 Agenda for Sustainable Development), yang telah diiktiraf oleh semua Negara Anggota PBB pada tahun 2015, menyediakan rangka yang merangkumi 17 matlamat kelestarian (Sustainable Development Goals (SDGs)), yang merupakan desakan segera untuk semua negara maju dan membangun untuk bertindak secara bersama bagi memastikan penduduk dunia dapat merasai kemajuan.

Daripada 17 SDG tersebut, elemen penting yang perlu dilaksanakan oleh setiap kerajaan adalah untuk merencana pembangunan wanita dalam segala hal, ini termasuk melaksanakan dasar dan polisi yang dapat membantu golongan wanita untuk terus mendapat manfaat dan merasai kenikmatan kemajuan, ini bukan sahaja penting bagi rakyat Malaysia tetapi juga kepada imej negara di peringkat global.

Sebagai sebuah kerajaan yang menaungi koalisi politikal yang baharu, Perikatan Nasional perlu meletakkan agenda pemerkasaan dan pemberdayaan wanita sebagai salah satu isi terpenting dalam perancangan pembangunan negara. Agenda pembangunan ini hanya boleh dilaksanakan dengan kekuatan politik dangan sokongan pimpinan politik di negara ini.

Kita melihat pada ketika ini Perikatan Nasional mempunyai kekuatan pimpinan wanita yang ampuh dengan penyertaan pemimpin-pemimpin wanita yang mempunyai kekuatan tersendiri di dalam parti-parti komponen yang berasingan. Antara pemimpin progresif yang berkaliber untuk menjana perencanaan ini adalah Zuraida Kamaruddin yang merupakan Ahli Parlimen Ampang dan juga Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan Malaysia.

Mempunyai pengalaman yang sebegitu luas di dalam gerakan pemerkasaan dan pemberdayaan wanita, kehadiran Zuraida Kamaruddin di dalam Perikatan Nasional adalah satu aset yang amat bernilai, sekiranya gabungan parti politik kerajaan itu ingin mendatangkan perubahan yang signifikan di dalam memberikan impak kepada agenda pemberdayaan wanita di negara ini.

Selain mempunyai kekuatan sokongan akar umbi di negara ini, Zuraida Kamaruddin juga mempunyai jaringan politik di luar negara. Women Political Leaders (WPL) sebuah organisasi antarabangsa yang disertai oleh pelbagai pemimpin wanita di seluruh dunia seperti Helen Clarke (mantan Perdana Menteri New Zealand), Marie Louise – Coleiro Preca (mantan Presiden Malta), Kristalina Georgiva (Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)) dan ramai lagi, telah mengiktiraf penglibatan Zuraida Kamaruddin di dalam agenda pemberdayaan wanita di peringkat global, yang mana beliau telah dilantik sebagai Duta bagi pertubuhan itu di Malaysia.

(Link: Perbincangan Zuraida Kamaruddin & Maria Loise –Coleiro Prece) https://www.womenpoliticalleaders.org/invest-inspire-succeed-international-youth-day-2020/

Agenda pemberdayaan wanita di negara ini haruslah selari dan diselaraskan dengan apa yang sedang rancak berlaku di peringkat global. Kerajaan Perikatan Nasional mempunyai peluang yang amat besar untuk melaksankan agenda pemberdayaan ini dengan adanya pemimpin seperti Zuraida Kamaruddin dan pimpinan progresif wanita lain yang datang dari parti-parti komponen koalisi politik tersebut.

Kita tidak boleh lagi hanya mendengar retorik berkenaan pemberdayaan yang seharusnya dilaksanakan oleh kerajaan pada setiap kali pilihanraya terus dianak tirikan dengan isu-isu politik remeh yang tidak akan berkesudahan. Isu dan hal ehwal wanita perlu diberikan tumpuan dan keutamaan bagi memastikan pembangunan secara holistik yang dilaksanakan di negara ini akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat