Bakri Zinin Kecam Mohammadin Persenda Peranan Polis, Tentera

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin memberi amaran keras kepada Datuk Mohammadin Ketapi kerana tidak memahami keperitan anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan negara.

Beliau mengingatkan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) itu bahawa kenyataan mempersendakan peranan polis dan tentera dengan olok-olokan bahawa kita berperang dengan ayam dan anjing adalah menjijikan integriti penyampai.

Mohd Bakri menegaskan, ucapan berkenaan memberi gambaran seolah-olah Mohammadin tidak memahami keperitan anggota keselamatan berjuang untuk mempertahankan bumi ini.

“Sedarlah, tanpa kita (polis dan tentera) dia (Mohammadin) tidak berdiri megah di atas pentas politik diberikan mandat.

“Saya jijik melihat sikapnya. Pemimpin yang hanya layak memimpin tong sampah,” bidas Mohd Bakri.

Semalam tular video ucapan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan ketika pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu sebagai ‘sandiwara’ adalah pengkhianatan terhadap negara.

Susulan menerima banyak kecaman, calon Warisan DUN Segama itu memohon maaf namun, menafikan dia menghina pengorbanan anggota tentera dan polis dalam insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu pada 2013.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat