#PRNSabah : ‘Melalap Highlands’, Janji Jamawi Buat Pengundi

- Advertisement -

MELALAP – Menyedari saingannya bukan calang-calang, calon Barisan Nasional (BN) N.42 DUN Melalap, Jamawi Jaafar mengibaratkan dirinya sebagai kayu timahan mempunyai kulit yang boleh melilit kayu belian.

Jamawi yakin dengan imej anak kampung dan ‘track record’ cemerlangnya membangunkan Kemabong malah berjaya meneroka lokasi pelancongan baru, Rundum Highlands akan menjadi bonus untuknya menawan hati pengundi di Melalap.

Beliau ditentang enam penjuru bahkan taruhan parti lawan juga bukan calon-calon picisan.

“Saya tetap yakin saya selalunya bersemangat tinggi menghadapi sebarang cabaran. saya menghadapi Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Radin Malleh dan juga menghadapi Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony yang semua orang tahu berkenaan cara beliau.

“Tetapi bagi saya saya membawa diri sebagai seorang anak kampung masuk kampung keluar kampung.

Di sini saya membesar, di sini saya bersekolah, di sini saya dilahirkan ramai yang mengenali saya.

“Insyallah dengan berkat sokongan ini walaupun menghadapi orang kata bertembung dengan kayu belian memang keras, tetapi saya bilang, tidak apalah, saya kayu timahan tapi dia punya kulit boleh melilit, jadi saya perlahan-lahanlah lilit kayu belian ni. Saya yakin dan percaya kita akan memberikan satu kerusi DUN Melalap kepada pembentukan BN,” katanya kepada SuaraTV.

Rundum Highlands boleh dianggap anak yang dilahirkan Jamawi untuk memacu ekonomi dan pelancongan di Kemabong dan kini beliau mempertaruhkan nasib di Melalap.

Jamawi sudah merangka Misi Melalap 2020-2025 termasuk hasrat membangunkan Melalap Highlands menerusi teras menaik taraf infrastruktur pelancongan.

“Sebenarnya saya sudah melihat satu kawasan yang berpotensi, cuacanya sama dengan Rundum, sejuk. “Dalam misi Melalap 2020 -2025 saya telah gariskan bahawa produk-produk pelancongan sedia ada di kawasan Melalap ini akan ada satu kawasan baru yang mungkin menjadi kesukaan.

“Sekarang ini masyarakat kita lebih suka kepada pelancongan berasaskan komuniti dan juga pelancongan berasaskan alam sekitar.

“Jadi saya yakin percaya bahawa Melalap akan ada pusat tarikan yang baru dengan cara bagaimana untuk kita mempromosikan supaya menjadi tumpuan kepada masyarakat,” jelas Jamawi.

Beliau pada masa yang sama tidak akan meninggalkan anaknya, Rundum Highlands.

“ Saya akan terus untuk memajukan dan seterusnya mempromosikan kawasan tersebut kerana ia begitu dekat di hati saya.

“Masyarakat di situ di peringkat awalnya terlalu jauh ketinggalan mereka masih tidak mempunyai bekalan elektrik, bekalan air bersih, mereka juga masih tidak mempunyai jaringan jalan raya.

“Saya lihat bahawa kesungguhan mereka itu harus kita perjuangkan bukan saja bagi diri saya tetapi kepada kepimpinan di peringkat negeri nanti.

“Inilah satu yang kita boleh jadikan contoh bahawa masyarakatnya jauh daripada pembangunan infrastruktur asas tetapi mereka mempunyai satu semangat juang yang cukup tinggi untuk membangunkan kampung mereka.

“Saya yakin ia menjadi satu cerminan masyarakat luar bandar yang ingin berdikari dan seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Sementara itu, Jamawi turut berjanji akan mewujudkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Kawasan Melalap, Tenom akan menjadi tumpuan peserta ilmu dan akademik dalam tempoh jangka masa lima tahun dengan wujudnya IPTA atau IPTS yang akan melahirkan generasi baru berkualiti dan juga memberikan impak positif dari segi ekonomi kepada masyarakat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat