Vaksin: Rafidah Aziz Tidak Sewajarnya Kelirukan Rakyat

- Advertisement -
EDITORIAL

Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Phamarniaga Berhad, pemegang hak pembotolan vaksin Sinovac di negara ini, bebas menjual baki  14 juta dos vaksin mereka kepada pihak industri dan kerajaan negeri yang mahu mempercepatkan proses vaksinasi.

Pengumuman tersebut mendapat reaksi negatif beberapa pihak yang tidak faham mengenai isu vaksinasi ini. Antara mereka termasuk bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.

Dakwaan kerajaan menjual vaksin yang dibeli kepada pihak swasta adalah tidak benar. Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming (DAP), dalam ciapan twitter beliau turut menafikan tuduhan tersebut.

Beliau menyatakan 14 juta dos vaksin sinovac yang dibuka untuk pasaran swasta bukan dos yang dibeli dengan dana Persekutuan.

Kerajaan membenarkan Pharmaniaga menjual vaksin sinovac kepada pihak lain kerana syarikat tersebut telah memenuhi semua kontraknya dengan kerajaan bagi membekalkan 12.4 juta dos vaksin. Kerajaan turut menambah pembelian vaksin Sinovac ini sebanyak 2 juta  dos lagi pada minggu lalu dan telah pun dihantar sepenuhnya.

Oleh kerana komitmen kepada kerajaan telah tamat, Pharmaniaga diberi kebenaran menjual sinovac kepada mana-mana pihak yang mahu mempercepatkan proses vaksinasi ini dan juga memvaksinasi pekerja asing mereka.

Rafidah dan pengkritik lain sepatutnya faham isu ini dengan lebih baik kerana ia telah diumumkan oleh kerajaan dari awal.

Pada 21 Mei 2021 lalu,  Menteri Penyelaras Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Khairy Jamaluddin, telah menjelaskan bahawa kerajaan tidak mengawal semua pembelian vaksin oleh pihak ketiga.

Kerajaan hanya meletakkan syarat pembekal perlu memenuhi tempahan dan perolehan kerajaan Persekutuan terlebih dahulu sebelum menjual kepada pihak swasta. Jadi keterbukaan kerajaan dalam penjualan vaksin kepada swasta memang telah diumumkan sejak awal.

Dakwaan Rafidah bahawa “not everyone could afford to vaccinate a family, especially those affected by the lockdowns,” adalah sangat aneh.

Kerajaan telah memberi jaminan bahawa semua rakyat akan mendapat akses vaksin Covid-19 secara percuma dan ini masih merupakan polisi kerajaan melalui JKJAV.

Apa yang berlaku sekarang ialah pihak industri dan kerajaan negeri tertentu memohon untuk mendapatkan secara langsung vaksin-vaksin yang berada di pasaran bagi mempercepatkan vaksinasi pekerja mereka.

Jika melalui JKJAV mereka perlu mengikut giliran yang ditetapkan oleh kerajaan yang mengambil pendekatan mengutamakan mengikut kumpulan umur, faktor kesihatan dan geografi.

Jadi sangat jelas, kerajaan beri jaminan semua rakyat akan mendapat akses kepada suntikan vaksin secara percuma. Cuma kerajaan tidak boleh memberi serentak. Tiada negara di dunia mampu.

Mengapa tidak beli semua vaksin Sinovac yang ada?

Kerajaan telah mempunyai strategi vaksinasi yang berlainan iaitu mempelbagaikan pemberian vaksin antaranya ialah Sinovac, Pfitzer, AstraZenneca, CanSino, Johnson Johnson dan akan datang Sputnik.

Walaupun mahu mempercepatkan proses vaksinasi, kerajaan tidak mahu bergantung kepada satu jenis vaksin sahaja. Ini sebagai satu langkah berjaga-jaga agar tidak bergantung kepada satu jenis vaksin sahaja.

Kesemua vaksin ini belum benar-benar teruji berkesan sepenuhnya. Semuanya diluluskan untuk tujuan kecemasan. Vaksin-vaksin ini disiapkan dalam tempoh setahun berbanding penciptaan vaksin yang mantap akan mengambil masa lebih lima tahun.

Justeru dengan kepelbagaian ini kita tidak akan berhadapan masalah besar jika salah satu vaksin ini tidak berkesan seperti dijangkakan.

Rafidah yang jarang membaca dan tidak lagi cerdas mungkin perlu berhenti mengulas isu politik kerana ia boleh mengelirukan rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat