25 Lokaliti Di Tiga Negeri Dikenakan PKPD Bermula Sabtu Ini – TPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 25 lagi lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini sehingga 6 Ogos, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Kampung Pukak, Mukim Tengah dan PPR Gayang Ria, Mukim Berungis di Tuaran; Kampung Gumandang di Kudat; Kampung Lumatai Ulu di Beaufort; dan Kampung Banting, Kampung Kawang serta Kampung Ulu Bole di Sipitang.

Di Pahang, PKPD dikenakan di 14 lokaliti di Temerloh iaitu Taman Bahagia; Taman Bahagia Indah; Taman Bahagia Makmur; Taman Bahagia Permai; Taman Bahagia Courts; seluruh Kampung Padang Lalang; Taman Perumahan Sri Kemuning; Flat Sri Kemuning dan Taman Temerloh Jaya.

Selain itu, Taman Temerloh Jaya Indah; Taman Temerloh Makmur; seluruh Felda Lakum; Kampung Paya Keladan; dan Taman Keladan Indah; serta satu lagi di Bentong iaitu Kompleks Penjara Bentong termasuk kuartersnya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata Kelantan pula melibatkan tiga lokaliti dengan kesemuanya di Machang, iaitu Kampung Joh, Kampung Maka dan Kampung Dewan Besar, Labok.

“SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini.

Ismail Sabri berkata PKPD di tiga lokaliti di Mukim Sura, Dungun, Terengganu iaitu Rumah Awam Kos Rendah Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman Maidam pula yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan sehingga 6 Ogos ini.

Beliau berkata kerajaan turut bersetuju menamatkan PKPD di lima lokaliti seperti dijadualkan esok, iaitu di Kawasan Perindustrian Bestgrade, Pokok Sena, Kedah dan empat lagi di Sabah iaitu Kampung Mangkubau Laut, Pitas; Ladang Sabah Mas Division Segama, Lahad Datu; FELDA Umas 1, 3 dan 4, Kalabakan dan Fasa 4B, Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu.

Sementara itu, beliau berkata semalam, empat kilang dan 30 premis perniagaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pada hari sama, katanya, seramai 525 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dengan 449 daripadanya dikompaun, 68 direman dan lapan dijamin. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat