134 Kematian, 13,034 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia merekod peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 13,034 kes berbanding semalam 11,985 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 8,436 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 134 kematian dicatatkan dengan 938 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 459 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 142,051 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,049 kes diikuti Kuala Lumpur (1,611), Johor (791), Negeri Sembilan (711), Kedah (701), Sarawak (644), Sabah (497), Terengganu (391), Pulau Pinang (371), Melaka (353), Perak (284), Pahang (261) dan Kelantan (240).

“Putrajaya pula, Putrajaya (100) dan Labuan (24) manakala Perlis, hanya enam kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat