Kerana Nama Tak Disebut, Punca Suami ‘Pavithra’ Pukul, Bawa Sabit

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Masalah keluarga dikatakan sebagai punca pergaduhan antara S. Pavithra dengan suaminya.

Menurut sumber sebuah portal, pasangan itu dilihat bertengkar di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.

Ia dipercayai selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

Perselisihan berlanjutan sehingga suspek datang ke hospital dan dalam keadaan marah dan memukul isterinya di pekarangan hospital berkenaan.

“Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.54 petang Selasa, suspek dikatakan dalam keadaan mabuk telah membawa senjata sabit ke hospital mencari adik iparnya berkaitan satu masalah keluarga.

“Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

“Pengawal keselamatan kemudiannya menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,” katanya.

Sumber yang sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Dia kemudiannya ditahan reman selama tiga hari kerana disyaki memiliki senjata berbahaya.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan siasatan awal mendapati kes berpunca daripada perselisihan faham ahli keluarga.

S. Pavithra sebelum ini diangkat menjadi Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020.

Pengiktirafan tersebut diberikan khas oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena sambutan Hari Bandaraya Ipoh pada tahun depan.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, jika diikutkan pengiktirafan tersebut akan diberikan pada sambutan majlis pada tahun ini tetapi disebabkan penularan Covid-19, maka semua ikon akan diraikan pada tahun hadapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat