Kartel Pekerja Asing: KPPA Buat Pemeriksaan Mengejut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Syafiq Abdullah membuat lawatan mengejut ke Kementerian Sumber Manusia (KSM), Putrajaya pada Isnin.

Kunjungan mengejut itu dipercayai berkaitan dakwaan kewujudan kartel dalam pengambilan pekerja asing dari Bangladesh.

Memetik Sinar Harian, dilaporkan beliau mengambil masa kira-kira satu setengah jam membuat tinjauan dan menyapa beberapa majikan yang sedang menunggu untuk berurusan di kementerian berkenaan.

Mohd Syafiq yang memakai kemeja biru dan berseluar hitam hadir bersendirian di KSM sekitar jam 12.33 tengah hari.

Beliau mengambil kesempatan menyapa beberapa majikan sedang menunggu untuk berurusan di kementerian tersebut yang kini menjadi pusat sehenti pengurusan (OSC) pekerja asing sejak 18 April lalu.

Kemudian selepas sejam, Mohd Syafiq dilihat keluar dari kementerian tersebut pada jam 1.57 petang dengan diiringi tiga lelaki dipercayai pegawai KSM.

Sejurus beliau meninggalkan bangunan KSM, pegawai-pegawai terbabit dilihat lega selepas menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka.

Sebelum ini Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira) membantah keputusan Malaysia yang hanya membenarkan seramai 25 Ejen Pengambilan Bangladesh (BRA) dan 250 subejen dalam pengambilan pekerja baru ke negara ini.

Keputusan berkenaan dilihat Baira sebagai memperluaskan lagu kuasa kartel dalam menguasai industri merekrut buruh asing di kedua-dua negara.

Baira yang mempunyai 1,000 keahlian dalam permintaannya menuntut peluang sama dalam sistem pasaran terbuka.

Langkah tersebut dipercayai akan menamatkan pengoperasian kartel yang didakwa menaikkan kos pengambukan dan melakukan pencabulan hak pekerja.

Pada 7 Jun lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, pihaknya telah menerima lebih 200,000 permohonan pekerja asing secara dalam talian membabitkan negara Indonesia, Kemboja dan Bangladesh.

kredit foto: Utusan Digital

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat