Kerajaan diberi 24 jam umum langkah tangani isu subsidi, kos sara hidup

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) memberi tempoh 24 jam kepada untuk kerajaan mengumumkan pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan pada Rabu mendesak supaya kerajaan mengumumkan sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup ini dalam masa 24 jam.

Bahkan katanya, sekiranya gagal, menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam isu kos sara hidup juga wajib meletakkan jawatan.

“Majlis Presiden PH amat risau dengan perkembangan mutakhir isu kos sara hidup terutama selepas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Lingi semalam bahawa subsidi bagi minyak masak tulen berbotol, serta harga siling bagi telur dan ayam akan dihapuskan mulai 1 Julai.

“Dalam keadaan ekonomi rakyat amat terkesan akibat pandemik COVID-19, kehidupan rakyat bakal bertambah parah apabila harga barang bakal meningkat,” katanya.

Bagaimanapun pada ketika ini kata PH, kerajaan belum mengumumkan sebarang mekanisme, dana serta garis masa pelaksanaan subsidi bersasar walaupun hanya tinggal lebih kurang seminggu hingga terhapusnya subsidi dan harga siling ini.

“Ini tidak memberi banyak masa kepada rakyat untuk bersiap sedia menghadapi peningkatan kos sara hidup yang barangkali meningkat berkali ganda.

“Ini bukan langkah yang proaktif mahupun bertanggungjawab,” tegasnya.

Malah katanya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menegur berkali-kali di Parlimen tentang kelewatan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) bermesyuarat serta mengambil tindakan tahun lalu.

“Malangnya, rakyat terus menyaksikan betapa lembabnya tindakan para Menteri dalam menangani masalah kos sara hidup.

“Oleh itu, Kerajaan mesti mengumumkan sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup ini dalam masa 24 jam. Sekiranya gagal, Menteri-Menteri yang bertanggungjawab dalam isu kos sara hidup juga wajib meletakkan jawatan.

“Pakatan Harapan juga akan mengambil beberapa tindakan termasuk mobilisasi massa bersama masyarakat sivil dan mana-mana pihak lain yang ingin bersama bagi menyuarakan kemarahan rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat