ASEAN harus hasilkan kandungan bersama untuk kuasai pasaran lebih besar – Annuar Musa

- Advertisement -

BANGKOK: Negara-negara ASEAN harus menghasilkan kandungan filem dan drama secara bersama dalam usaha menguasai pasaran industri kreatif, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

ASEAN memiliki populasi melebihi 600 juta, dan ia adalah pasaran yang besar berbanding pasaran individu 10 anggotanya.

“Kita tidak seharusnya membataskan keadaan dengan memaksa rakyat menikmati kandungan tempatan sahaja. ASEAN harus menghasilkan kandungan secara bersama, menerusi filem, drama atau kandungan untuk stesen radio dan TV yang akan difilemkan di rantau ini.

“Saya telah bertemu rakan sejawatan bagi menyampaikan idea ini dan menjadikan ASEAN sebagai pasaran lebih besar. Setakat ini, kami menerima maklum balas positif,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Annuar berkata Malaysia sedang menyusun strategi untuk membida menjadi ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2023-2026.

“Malaysia telah membida untuk menganggotai Majlis ITU. Bilangan negara yang menawarkan pencalonan mereka melebihi slot yang ada. Oleh itu, Malaysia perlu menyusun strategi dan bekerjasama dengan negara-negara ASEAN yang lain. Kami berharap dapat menyokong satu sama lain dan mengukuhkan undian,” katanya.

Sebanyak 18 negara telah membentangkan pencalonan mereka untuk merebut 12 slot di rantau E – Asia dan Australasia, menurut Majlis ITU menerusi laman sesawangnya.

Malaysia sebelum ini pernah anggotai majlis itu dari 1998 hingga 2014.

ITU merupakan sebuah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab mengenai isu berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi.

Sementara itu, Annuar turut bertukar pandangan dengan Pengerusi NBTC Dr Sarana Boonbaichaiyapruck mengenai pelancaran teknologi 5G di Malaysia dan Thailand.

Beliau berkata pelancaran 5G di Thailand jauh lebih awal berbanding Malaysia.

“Kita mempunyai masalah tersendiri termasuk caj perkhidmatan yang tinggi. Oleh itu, kita perlu mencari jalan lain dengan mengambil kira kelajuan tinggi pada kadar caj yang lebih rendah,” katanya.

Di Thailand, syarikat pengendali telekomunikasi menjana pendapatan sebanyak100.52 bilion baht melalui lelongan spektrum 5G.

Jumlah yang diperoleh termasuk 51.46 bilion baht untuk tiga lesen dengan jalur spektrum 700-megahertz (MHz), 37.16 bilion baht untuk 19 lesen pada jalur 2600-MHz, dan 11.57 bilion baht untuk 26 lesen pada 26-GHz .

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat