Otai Reformasi Gesa Anwar Buat Siasatan Dalaman Terhadap Kerajaan Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Otai Reformis mendakwa maklumat mengenai aktiviti pembersihan hutan dan pembukaan kuari baharu di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) telah diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Setiausahanya, Abdul Razak Ismail tidak menolak kemungkinan tindakan itu dilakukan selepas orang ramai mendedahkan aktiviti pembersihan hutan berkeluasan 100 ekar di dalam Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak.

“Otai memohon mendapat maklumat di bawah FOI Selangor 2011 tetapi terkejut menerima balasan dari bahagian Korporat SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) bahawa informasi tersebut diklasifikasikan sebagai Sulit & Rahsia di bawah OSA 1972.

“Satu permohonan sama telah dibuat kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor tapi masih belum mendapat jawapan hingga ke hari ini.

“Aktiviti pembersihan hutan itu dipercayai bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kuari baharu di dalam Hutan Simpan Bukit Lagong, Daerah Gombak, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan insiden itu, Otai Reformis menggesa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan siasatan domestik terhadap Kerajaan Selangor atas kesalahan tata kelola dalam kelulusan bagi aktiviti tersebut.

“Otai gesa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan inkuiri domestik dalaman parti tentang salah tata kelola Kerajaan Negeri Selangor dalam kelulusan mereka bagi aktiviti komersial melibatkan Hutan Simpan di Selangor,” katanya.

Abdul Razak mendedahkan halangan untuk mendapatkan maklumat itu merupakan kali kedua selepas Kerajaan Selangor enggan memberi maklumat berkaitan aktiviti melibatkan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan.

“Baru-baru ini Kerajaan Selangor telah menolak untuk mengadakan Pendengaran Awam SELCAT bagi merungkai persoalan nyahwarta tanah HSKLS seluas 700 ekar bagi projek penanaman jagung untuk tampung kekurangan makanan ayam.

“Otai curiga niat sebenar Kerajaan Selangor cuba mengusik tiga hutan simpan di negeri itu atas alasan komersial mahu pun alasan keselamatan makanan.

“Ini kerana ianya jelas bertentangan dengan usul sebulat suara tahun lepas tanpa bantahan oleh semua ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mempertahankan hutan simpan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat