DARURAT vs PARLIMEN BERSIDANG

- Advertisement -

Saudara Pengarang,

1. Dari segi sains politik, Darurat adalah pilihan kerajaan Demokratik kerana ia digubal oleh Parlimen sebagai salah satu pilihan pentadbiran negara apabila berlaku sesuatu krisis dalam negara, di mana kerajaan memilih untuk mentadbir tanpa sidang Parlimen.

2. Kuasa membuat undang-undang yang biasanya akan melalui Dewan Rakyat, kemudian ke Dewan Negara, kemudian kepada DYMM SPB YDPA (biasanya proses dalam 6 bulan) dapat dipercepatkan demi memastikan pengurusan Covid-19 dapat berjalan dengan lancar terutama dalam keadaan-keadaan tertentu yang memerlukan keputusan segera.

3. Ini bermaksud, apabila berlaku krisis yang besar dan melibatkan darurat, maka agensi-agensi Kerajaan perlukan tindakan cepat, bukannya terpaksa melalui pelbagai birokrasi dan prosedur pentadbiran yang melambatkan.

4. Dengan penguatkuasaan Darurat maka proses untuk membuat ordinan yang berkaitan kemashlahatan rakyat dapat dipercepatkan supaya ia boleh diletakkan terus di bawah kuasa YDPA.

5. Jika kita masih ingat awal tahun 2020, ketika Kerajaan hendak mengisytiharkan darurat, KKM telah memberikan nasihat kepada Kerajaan bahawa jangkaan kes positif boleh melonjak sehingga berbelas ribu sehari.

6. Dengan jangkaan dan data-data medical yang dimiliki oleh pasukan KKM, maka proklamasi darurat dilaksanakan agar ordinan penting boleh dibuat supaya kerajaan boleh melaksanakan tindakan pantas tanpa perlu membuat draf undang-undang dan membawanya ke Parlimen yang akan memakan masa berbulan-bulan.

7. Pengisytiharan Darurat merupakan strategi penting di peringkat awal, pertengahan dan akhir. Walaupun in anticipation, ia tidak semestinya berlaku. Perumpamaannya, kita membeli senjata dan peluru berpandu untuk berperang mempertahankan kedaulatan negara kita, tetapi tidak semestinya akan berlaku peperangan peperangan, tetapi kita sudah bersedia awal dengan strategi awal hingga akhir.

8. TS Rafidah menyebut Kerajaan ada pelan tetapi tiada strategi. Dalam peperangan, oleh kerana Rafidah Aziz tidak tahu strategi yang kita buat, Bahasa perangnya itulah strategi. Kalau sudah tahu strategi maka ia bukan strategi lagi. Namun, saya faham Rafidah bukan orang keselamatan. Namun saya tetap hormat Rafidah kerana sepertimana pernah dikatakannya dahulu, jika dia kembali ke rumah dia sendiri membersihkan tandas rumahnya. Ia suatu contoh kepimpinan yang baik dalam rumahtangga.

Siapakah yang nak sangat bersidang?

9. Isu sekarang, siapakah yang hendak bersidang sangat ini? Kenapa mereka sangat-sangat terburu-buru?

10. Jika kita faham, maka tidak timbul lah soal minta bersidang dengan begitu terburu-buru. Kerajaan melaksanakan peranannya sesuai dengan Perlembagaan negara di mana YDPA melalui perkara 150 menandatangani proklamasi Darurat agar dilaksanakan untuk mengekang penularan Covid19. Sudah tentu YDPA telah mendapat nasehat daripada saluran yang betul iaiatu melalui Perdana Menteri sesuai dengan Perkara 40 dan Perkara 40 (1).

11. Jika niat mereka mahu menjatuhkan Kerajaan, sepatutnya mereka sangat maklum selama tempoh darurat, tindakan untuk gantikan kerajaan tidak boleh berlaku.

12. Jika mereka menggunakan SD yang lama, atau baru hendak kumpul SD, bila seating PM masih ada, YDPA tidak boleh menggunakan SD itu kerana seating PM masih ada, Kerajaan lantikan YDPA masih berfungsi.

13. Berbeza situasi tahun 2020 dahulu, TS Muhyiddin boleh naik dengan menggunakan SD, sebab ketika itu Tun M meletak jawatan dan jawatan Perdana Menteri kosong.

14. Manakala cadangan diwujudkan Mageran pun tidak boleh dilaksanakan sebab negara kita masih ada Perdana Menteri yang dilantik oleh YDPA 2020 dahulu, dan Kerajaan masih berfungsi dengan baik.

15. Sekarang kita tahu, rupa-rupanya orang yang hendak sangat bersidang ini ialah DS Najib kerana Najib sangat kecewa TSMY tidak mahu membantunya dalam kes mahkamah yang sedang dihadapinya. Kedua DS Zahid yang juga sedang berdepan dengan berpuluh-puluh kes mahkamah. Manakala, orang ketiga hendak sangat bersidang ialah DS Anwar kerana kemaruknya sekian lama mahu menjadi Perdana Menteri.

16. Awal tahun ini, perancangan asal kumpulan minoriti Zahid dalam UMNO ialah hendak menarik sokongan kepada Kerajaan PN, tetapi tidak menjadi kerana tiba-tiba YDPA menandatangi proklamasi Darurat di mana semasa Darurat tidak boleh menjatuhkan Kerajaan.

17. Hatta kalau kumpulan minoriti UMNO ini keluar daripada sokongan kepada PN pun, Kerajaan masih kekal berfungsi di mana ianya termaktub dalam Perlembagaan samada sebagai Kerajaan majoriti atau Kerajaan minoriti.

18. Jadi apakah pilihan terakhir mereka? Inilah yang mereka desak bertubi-tubi dengan tujuan mahu menggagalkan apa-apa usul daripada Kerajaan dan seterusnya mahu memberi isyarat kepada YDPA kononnya Perdana Menteri hilang kepercayaan.

19. Inilah strategi mereka iaitu mahu menghilangkan kepercayaan ahli-ahli Parlimen supaya mengundi tidak percaya kepada PM, mengajak ahli-ahli Parlimen menjatuhkan Kerajaan, membuka pintu kepada Anwar menjadi PM dan DAP kembali ke kabinet dengan formula Jajaran Baru UMNO+PKR+PAN plus DAP+Warisan dan mengajak GPS Sarawak. Dengan cara ini juga, inilah peluang melepaskan diri daripada kes Mahkamah.

20. Persoalan lain yang lebih besar, paksaan Zahid walaupun memegang jawatan Presiden UMNO pun sangat kurang didengari, kerana ahli-ahli parlimen UMNO yang lain menyedari tanggungjawab lebih besar mereka untuk menyelesaikan pandemik Covid-19 dan menyegerakan pemulihan ekonomi negara.

21. Dengan jumlah vaksin semakin mencapai sasaran dan mengikut jadual, dan gambaran penurunan jumlah positif, pelan dan strategi Kerajaan nampak menuju kejayaan. Perkara ini sangat merungsingkan mereka kerana akhirnya rakyat akan tahu Kerajaan yang sabar dan tekun ini, berada di landasan yang betul. Bersambung: Peranan Istana sebagai Raja Berperlembagaan. Do’s and Don’ts.

Dr Zach
Sains Politik,
Putrajaya.
22.06.2021

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat