MT UMNO akan bincang desakan 14 hari Biro Politik – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi keyakinan desakan biro politik yang memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya memanggil sidang Parlimen akan dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk ketetapan selanjutnya.

Beliau turut memperjelas situasi di mana apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan kerajaan 14 hari untuk memanggil persidangan Parlimen.

Kata Mohamad tujuan Zahid itu dalam pandangan beliau hanya dua.

” Pertama menyokong dengan sepenuhnya saranan institusi raja dan kedua, memulihkan semula, dengan kadar segera demokrasi di negara ini bagi mengembalikan sepenuhnya fungsi Parlimen.

” Pendirian ini insyallah akan dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) untuk ketetapan selanjutnya,” kata Adun Rantau itu dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Mohamad, pendirian UMNO selama ini sangat jelas bahawa institusi Raja mesti dipertahankan dan demokrasi mesti di kembalikan dengan memanggil persidangan Parlimen.

” Saya juga berpandangan bahawa Parlimen wajar menjalankan peranannya sesuai dengan doktrin pemisahan kuasa. Semasa persidangan Parlimen, apa jua perkara boleh dibahaskan tetapi mestilah sesuai dengan peraturan mesyuarat.

” Memberikan pelbagai syarat tentang apa yang boleh dan tidak boleh dibahaskan dan diusulkan di Parlimen adalah tidak demokratik dan bercanggahan dengan kebebasan Parlimen.

” Penegasan saya ialah apa jua keputusan UMNO dalam kemelut politik semasa, mesti bersandarkan mandat dari Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan dibincangkan secara kolektif oleh Majlis Tertinggi.

” Ini termasuklah kedudukan UMNO dalam kerajaan, menolak kerjasama dengan parti atau individu tertentu yang tidak akan menguntungkan UMNO serta pendirian UMNO tentang pelbagai isu semasa,” tegas beliau.

Mohamad menambah, semua ketetapan yang telah diputuskan oleh PAU adalah terpakai dan Majlis Tertinggi wajar menterjemahkan mandat ini dengan sebaiknya.

” Semoga kita terus bertaut antara satu sama lain dan menghindari segala usaha memecah-belahkan kesatuan dalam parti UMNO ini.

” Begitu juga dengan titah Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan segera persidangan Parlimen amatlah wajar dan bertepatan. Pandangan dan hikmah yang di suarakan oleh Majlis Raja-Raja dalam kenyataan terbaru Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja juga sangatlah prihatin dan bijaksana,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat