Malaysia menuju negara rendah karbon 2030 -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri mengulangi jaminan bahawa kerajaan akan terus memenuhi komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) sehingga 45 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030,berdasarkan intensiti pelepasan 2005, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau sedar ini memerlukan usaha yang bersepadu serta komitmen dan pelaburan hijau yang tinggi.

“Namun, saya yakin dengan penglibatan Keluarga Malaysia, komitmen ini akan memastikan Malaysia seiring dengan usaha negara lain untuk mencapai matlamat global dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan daya saing negara.

“Saya mendoakan agar seluruh Keluarga Malaysia terus bersemangat memainkan peranan dan memikul tanggungjawab bagi mewariskan Malaysia yang lestari kepada generasi akan datang,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Bumi Sedunia yang disambut pada 22 April setiap tahun.

Sempena sambutan Hari Bumi tahun ini yang bertemakan “Invest In Our Planet”, saya menyeru seluruh Keluarga Malaysia, supaya bersama-sama menggembleng tenaga dan menyumbang masa membudayakan amalan kelestarian demi kelangsungan generasi akan datang, katanya.

“Amalan seperti menghindari penggunaan plastik sekali guna dan penjimatan sumber tenaga perlu dijadikan kebiasaan dalam kehidupan.

“Saya juga ingin mengajak sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk sama-sama memainkan peranan dalam usaha melestarikan alam sekitar,” seru Ismail Sabri.

Menurut beliau, sejajar dengan Fokus Kelapan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) iaitu Mempercepatkan Pertumbuhan Hijau, pembangunan ekonomi tidak harus menjejaskan alam sekitar, manakala liputan kawasan hijau perlu dipertahankan.

“Usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan hijau, mempertingkatkan kemampanan tenaga dan mentransformasikan sektor air, harus kekal menjadi teras pembangunan sosioekonomi negara,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat