KPLB peruntuk RM24.8 juta perkasa 24,000 peserta Felcra di Pahang

- Advertisement -

LIPIS: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM24.8 juta kepada Felcra Berhad bagi melaksanakan aktiviti pembangunan bertujuan memperkasakan 24,000 pesertanya di Pahang.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata peruntukan di bawah ‘Rolling Plan’ Rancangan Malaysia Ke-12 itu, akan memfokus kepada usaha merapatkan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar.

“Selain itu, tumpuan juga akan diberikan kepada meluaskan kemudahan infrastruktur asas termasuk ameniti sosial, pembangunan modal insan dan meningkatkan kadar pendapatan warga luar bandar.

“KPLB menyokong pelaksanaan lebih banyak projek pembangunan berimpak tinggi di setiap projek Felcra, untuk manfaat peserta dan masyarakat di sekelilingnya,” katanya.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Iftar Warga Felcra Berhad Kawasan Sungai Temau di Dewan Besar Felcra Berhad, Sungai Temau di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felcra Berhad Datuk Mat Roni Zakaria dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku Datuk Mustapa Long.

Komitmen Felcra Berhad juga menurut Abdul Rahman, telah mengubah landskap pembangunan luar bandar menerusi peningkatan taraf hidup dan pendapatan penduduk, melalui aktiviti pembangunan tanah.

Sehingga Mac lepas, Felcra Berhad berjaya memajukan 224,130 hektar ladang bagi pihak 107,000 peserta merangkumi 1,049 Projek Penyatuan dan Pemulihan, serta 33,145 hektar estet milik syarikat Felcra Berhad.

Di Pahang, ia melibatkan 298 projek dengan luas keseluruhan ladang yang dibangunkan melebihi 52,000 hektar.

— BERNAMA

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat