PM Rasmi HAWANA 2022 Mei Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadakan pertemuan bersama wakil-wakil media bagi membincangkan berkenaan pelaksanaan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022, diadakan di Melaka pada 29 Mei 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Perdana Menteri bersetuju untuk merasmikan perhimpunan terbesar wartawan Malaysia menerusi sambutan HAWANA itu yang sebelum ini pertama kali diadakan pada 2018.

“Sambutan HAWANA adalah bagi menghargai golongan wartawan di Malaysia, yang disambut pada setiap 29 Mei, bersempena penerbitan pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

“Wakil media diketuai Presiden Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) Datuk Mokhtar Hussain, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Roslan Ariffin, Penasihat ISWAMI Datuk Zakaria Abdul Wahab, Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkefli Hamzah dan Ketua Pengarang Astro Awani Ashwad Ismail,” menurut kenyataan itu.

ISWAMI dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)akan menjadi penggerak utama pelaksanaan program itu, yang turut melibatkan agensi, pertubuhan dan pengamal media yang lain.

Bersempena HAWANA itu, ISWAMI Malaysia juga akan mengundang 17 pemimpin utama media dari Indonesia termasuk ISWAMI Indonesia, untuk turut hadir pada program berkenaan.

ISWAMI juga merancang untuk mengundang 20 editor muda dari pelbagai agensi media di Indonesia pada program lawatan muhibbah pada Jun 2022, dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama strategik media Malaysia dan Indonesia, selain mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat