Rajin buka peti sejuk

- Advertisement -

BERPUASA ketika zaman kanak-kanak sememangnya satu kenangan indah yang sukar dilupakan.

Jika boleh diundurkan masa, ada yang ingin kembali ke zaman ceria yang pasti takkan berulang kembali itu.

Anggota kumpulan Inteam juga tidak ketinggalan mempunyai kenangan tersendiri ketika berpuasa.

Abdul Rahim tahan dahaga

Ketika di sekolah rendah, Abdul Rahim pergi dan balik sekolah dengan berjalan dan menunggang basikal. Apabila tiba di rumah, dia haus akibat penat dan kepanasan.

“Jadi saya baring atas simen rumah supaya rasa sejuk sampai tertidur. Apabila bangun saja terus berbuka.

“Paling menggembirakan ketika Ramadan, semua jiran saling berkongsi juadah. Masa kecil tak pergi bazar Ramadan kerana suasana bertukar-tukar juadah sangat meriah.

“Saya mula berpuasa penuh pada usia 10 tahun dan kalau tak larat minta berbuka terus. Tapi, waktu kecil masa belajar berpuasa, saya selalu buka peti sejuk kerana mahukan suhu sejuk. Kalau di sekolah saya beli ais di kantin dan sapu di muka supaya dapat rasa sejuk,” katanya.

Syahril tunjuk contoh sebagai anak sulung

Sebagai anak sulung, Syahril atau Syah mula berpuasa penuh pada usia tujuh tahun.

“Tapi, saya selalu terlupa saya puasa terutama pada waktu rehat di sekolah kerana ada kawan-kawan pun tak puasa.

“Bagaimanapun, alhamdulillah pada usia itu saya banyak ke surau dekat rumah kerana ramai kawan dan macam-macam aktiviti diadakan antaranya belajar mengaji, khat dan bermain dengan kawan-kawan,” katanya.

Seluar Hisyam terbakar akibat mercun

Keseronokan bermain mercun menyebabkan seluar Hisyam terbakar.

“Ini bahananya apabila leka bermain mercun. Tapi, ini kenangan manis semasa kanak-kanak.

“Paling ditunggu-tunggu sudah tentunya saat berbuka bersama keluarga dengan pelbagai juadah sedap. Saya mula berpuasa penuh pada usia tujuh tahun dan bohong kalau kata tak pernah curi-curi ponteng puasa,” katanya.

Hazamin kena marah akibat panjat pokok rambutan

Kenakalan zaman kanak-kanak Hazamin ialah dia sibuk memanjat pokok rambutan ketika orang lain sedang bertarawih.

“Akibatnya saya dimarahi ahli jawatankuasa surau yang nampak perbuatan ini. Biasalah kenakalan zaman kanak-kanak.

“Ramadan juga amat dinantikan kerana saya dapat rasa kemeriahan solat Tarawih di surau. Saya mula berpuasa penuh pada usia sembilan tahun. Saya tak pernah ponteng puasa, tapi ketika baru belajar puasa, saya biasanya sahur lewat jam 7 atau 8 pagi,” katanya ketawa.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat