Tegas hasil karya muzik

Annyeonghaseyo! Banyak faktor menjadi pendorong kejayaan seseorang anak seni untuk terus berjaya.

Satu daripadanya tentu sekali tidak pernah berhenti untuk memotivasikan diri menjadi lebih baik.

Bagi penyanyi, Kang Daniel cara terbaiknya untuk memotivasikan diri sekarang adalah dengan bersikap lebih tegas. Dia mengakui perlu berbuat demikian terutama dalam menghasilkan karya muzik.

Dia tidak mahu berlengah untuk melancarkan muziknya dan disiplinkan diri menyiapkan tugasan mengikut jadual ditetapkan. Segelintir artis mungkin tertekan dengan perkara itu, namun dia

berfikir sebaliknya.

“Saya sangat seronok menghasilkan muzik. Saya mahu cepat-cepat lancarkan setiap lagu yang sudah saya rancang untuk diperdengar di seluruh dunia. Perasaannya lebih istimewa disebabkan lagu itu ciptaan saya sendiri.

“Saya mendapat kekuatan berterusan apabila melihat perancangan dibuat berjalan lancar dan disukai orang ramai. Apa lagi yang lebih menyeronokkan selain muzik saya menjadi sumber ketenangan dan kekuatan?

“Walaupun saya menitikberatkan penghasilan karya perlu jujur dan mengandungi makna yang cukup besar, pada masa sama saya perlu kena tegas dengan diri sendiri,” katanya.

Berkongsi mengenai album baharunya berjudul YELLOW, Kang Daniel tidak menafikan album terbabit cukup peribadi untuk dirinya. Ia bukan saja merungkai sisi hidupnya, bahkan mesej disuntik juga berat.

“Jika album terdahulu saya lebih banyak berkisar perjalanan mematangkan diri, album ini pula adalah ekspresi diri yang sudah lengkap. Saya mahu sampaikan bagaimana akhirnya saya dapat menangani semua perkara.

“Memandangkan ia adalah karya terakhir dalam siri album menggunakan judul warna, saya ingin beritahu semua bahawa saya sudah sedia menyahut cabaran hidup baharu,” katanya.

Kang Daniel turut menjelaskan pemilihan warna kuning sebagai judul album itu ada maknanya tersendiri. Baginya, dia mempunyai takrifan peribadi di sebalik warna itu dengan kehidupan.

“Kuning biasanya memberikan gambaran perasaan yang tenang namun sebaliknya bertentangan pada saya. Ia adalah warna yang mengingatkan saya kepada perasaan dingin dan sunyi.

“Ibarat bulan yang bercahaya dalam gelap namun kesunyian. Jadi, saya berfikir warna itu tepat menggambarkan proses sukar saya lalui dan kemudian membawa kepada siapa diri saya sekarang,” katanya.

Harian Metro

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Ramai Instafamous tak berbakat dalam lakonan

Kuala Lumpur: Penerbit Jaja Ishak tidak bersetuju dengan trend pempengaruh (instafamous) yang dipilih sebagai pelakon. Jaja berkata, dia seboleh mungkin cuba mengelak kerana ramai lagi...

Terima kasih bantu Khalis

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah banyak pihak perubatan Islam yang bantu dengan rawatan secara jarak jauh. Juga iringan doa daripada sahabat dan peminat serta rakyat Malaysia, keadaan...

Himaya, artis jayakan kempen anti buli siber

Kuala Lumpur: Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask, Datuk...