Mahfuz Bimbang PM Bubar Awal Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku lagi sebarang pilihan raya sehingga tamat tempoh penggal.

Ini kerana, tegas beliau, jika ada lagi pilihan raya, ia hanya akan menyebabkan pembaziran wang sedangkan keutamaan ketika ini adalah membantu rakyat yang terjejas.

Beliau dalam masa sama turut menzahirkan kebimbangan terhadap komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan membincangkan pembubaran Parlimen dalam kalangan ‘Top Five’ UMNO.

“Sedangkan UMNO dalam perhimpunan mereka riuh rendah mendesak dan menuntut Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen segera.

“Perdana Menteri (Ismail Sabri) telah memberikan komitmen untuk berbincang dengan ‘Top Five’ dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO.

“Ini bagi saya sesuatu yang sangat membimbangkan kita semua akan berlaku pilihan raya berasingan iaitu peringkat Parlimen akan disegerakan dan pilihan raya peringkat negeri akan berlaku pada tahun akan datang apabila tamat tempohnya.

“Ini menyebabkan perbelanjaan kita akan bertambah, sedangkan yang menjadi keperluan sekarang ialah kehidupan rakyat, dan bukannya kehendak kerakusan politik yang ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO.

“Saya nak minta Perdana Menteri jelaskan perkara ini sebab ini penting untuk menarik pelabur-pelabur dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa kestabilan politik ini akan sampai kepada penghujung penggal ini (2023),” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Mahfuz Omar minta Perdana Menteri beri jaminan tidak bubar Parlimen hingga akhir penggal

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO ketika berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 baru-baru ini berkata, keputusan berkaitan cadangan untuk membubarkan Parlimen akan dibincangkan dalam kalangan lima pimpinan tertinggi atau ‘Top Five’ UMNO.

Bahkan, kata Ismail Sabri, perkara itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

Mahfuz menambah pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor disifatkan membazir wang kerana dijalankan secara ‘paksa’ berbeza dengan PRN Sarawak yang memenuhi kehendak Perlembagaan selepas tamat tempoh penggal.

“… tetapi untuk menjamin masa depan sampai tamat tempoh penggal ini 2023, apa jaminan kerajaan yang pilihan raya tidak akan berasing antara satu sama lain? Sebab sekarang ini telah diumum oleh beberapa kerajaan negeri khususnya di Kedah, Kelantan, dan Terengganu mereka tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga tamat tempoh penggal ini.

“Begitu juga Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mengumumkan bahawa mereka juga tidak akan membubarkan DUN,” katanya lagi.

PRN Sabah melibatkan kos sebanyak RM130 juta, sementara kos bagi PRN Melaka dan PRN Johor masing-masing berjumlah RM45 juta dan RM96 juta. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat