Lebih 87,000 Pesara Terima Pencen Berada Dalam Kategori Miskin Tegar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sebanyak 9.85 peratus daripada 886,458 pesara yang menerima wang pencen adalah dikategorikan sebagai miskin tegar iaitu seramai 87,370 orang pesara, lapor Utusan.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

“Bagi menentukan pesara pencen yang dikategorikan sebagai miskin tegar, adalah perlu mengambil kira tempoh perkhidmatan pegawai selama 25 tahun untuk melayakkan pesara kadar pencen terendah iaitu sebanyak RM1,000,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai peratusan pesara yang menerima pencen minimum dan dikategorikan sebagai miskin tegar.

Bagaimanapun, Mahfuz meminta kerajaan menyemak semula tangga gaji supaya nasib penjawat awam terbela apabila mereka bersara kelak.

“Ini (statistik) yang telah bersara, belum lagi pesara yang akan masuk ke dalam alam persaraan yang juga akan dimasukkan dalam kategori ini.

“Kita perlu membuat semakan semula untuk memastikan supaya mereka yang menerima pencen tidak jatuh dalam miskin tegar, ini kita perlukan semakan tangga tinggi,” katanya.

Mastura memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneliti semula perkara tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat