DBKL akan tamatkan kontrak PPR jika disewakan kepada warga asing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus menamatkan kontrak penama atau penyewa kontrak Projek Perumahan Rakyat (PPR), sekiranya terbukti menyewakan rumah mereka kepada warga asing.

Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL, Ismadi Sakirin, berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut, dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang mengambil keuntungan dengan cara tersebut.

Katanya bagaimanapun, jika unit sewaan DBKL disewakan kepada warga tempatan, pihaknya akan mendapatkan justifikasi penyewa terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan merampas unit.

“Kita akan lihat justifikasi terlebih dahulu. Jika diikutkan tiada budi bicara kerana kadarnya terlalu rendah. Jika DBKL sewakan dengan harga RM124 penduduk mungkin sewakan dengan harga RM600 atau RM800.

“Mereka ini sebenarnya sudah tidak layak untuk menyewa di bawah DBKL tetapi kadang-kadang penyewa berikan adik-beradik untuk tinggal di situ sedangkan hanya nama pada kad penyewa sahaja yang dibenarkan.

“Kita lihat dahulu justifikasi dia. Kita beri penyewa ruang untuk betulkan kesilapan dia. Contohnya, kita beri masa selama tiga bulan. Jika gagal, kita akan tamatkan. Kalau ikut syarat, adik-beradik pun tidak boleh,” katanya kepada media selepas pelancaran OPS SRI PA di Blok 66 Flat Sri Sabah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul.

Ismadi berkata, DBKL tidak mempunyai masalah sekiranya pemilik unit yang menyewakan unitnya kepada pihak ketiga.

“DBKL akan buat pemeriksaan secara berkala. Kita ada 64 kawasan PPR dan jika kita nak lihat satu persatu memang sukar. Pemantauan dapat dilaksanakan, sama ada kita dapat aduan atau akan adakan pemeriksaan secara berkumpulan.

“DBKL menyewakan satu unit tiga bilik RM124 dan satu unit bersama satu bilik RM96. Ini adalah kadar yang paling murah,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat