Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang negara Asean

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan Rizab Persekutuan (Fed) AS dilihat tidak mungkin mengurangkan penanda aras kadar faedah dalam masa terdekat, kata ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7710/7800 berbanding dolar AS daripada 4.7920/7965 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meraih peningkatan pada sesi petang kepada RM4.7750 daripada RM4.7953.

Beliau berkata unit negara maju menyusut selepas Indeks Dolar AS (DXY) merosot sebanyak 0.36 peratus kepada 103.634 mata.

“Minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS memperlihatkan bahawa Fed tidak akan mengurangkan penanda aras kadar faedah dalam masa terdekat, sekali gus memberikan sokongan kepada dolar AS.

“Kita juga melihat hasil bon Perbendaharaan AS adalah lebih tinggi, memberikan isyarat bahawa Fed akan terus mengekalkan pendirian terbatas mereka,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit kekal lemah berikutan pandangan optimis kepada dolar AS.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.1764/1826 daripada 3.1925/1957 semasa ditutup pada Rabu, susut berbanding pound Britain kepada 6.0468/0582 daripada 6.0432/0489 semalam, dan berkurangan berbanding euro kepada 5.1775/1873 daripada 5.1754/1802 sebelumnya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean lain.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.3105/3404 berbanding 13.3631/3816 semasa ditutup pada Rabu, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 305.9/306.7 daripada 306.4/306.9 semalam dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5578/5648 daripada 3.5652/5688.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.56/8.58.
– Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat