Harga kit Ujian Kendiri, Alat Bacaan Oksigen Dan Cair Nyah Kuman Akan Diturunkan Lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia menurunkan lagi harga maksimum Kit Pengujian Kendiri Covid-19 termasuk alat bacaan tahap aksigen (oximeter) dan alat semburan cecair nyah kuman secara berperingkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, komitmen itu membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dan mendegar keluhan rakyat.

Bagaimanapun katanya, setiap pelaksanaan untuk penurunan harga tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa demi kepentingan semua pihak terlibat.

“Kementerian memutuskan untuk menurunkan harga kit ini lebih rendah daripada harga maksimum ditetapkan sekarang iaitu RM16 bagi harga borang dan RM19.90 untuk harga runcit.

“Keputusan untuk turunkan kit ni perlu dilaksanakan dengan penilaian dan tidak tergesa-gesa kerana kerajaan perlu ambil kira semua pihak dan wujudkan situasi menang-menang.

“Selain melindungi pengguna agar mampu membeli kit ini, kita juga perlu ambil kira dangan industri terlibat,”katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Cha Kee Chin (PH – Rasah) yang mahu tahu adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menurunkan lagi harga maksimum Kit Pengujian Kendiri secara berperingkat daripada harga siling yang telah ditetapkan pada RM19.90 ketika ini.

Pada masa sama, Alexander berkata, kementeriannya sedia memperhalusi cadangan bagi penurunan harga oximeter dan alat semburan cecair nyah kuman secara berperingkat.

Menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) berkenaan ketepatan keputusan Kit Pengujian Kendiri yang dijual di pasaran ketika ini, beliau berkata semua jenama di pasaran ketika ini adalah yang telah diluluskan.

“Terdapat 16 jenama Kit Pengujian Kendiri yang diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

“Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga mahu kita lipat gandakan kelulusan jenama di pasaran agar wujud persaingan dan tekanan bagi penurunan harga,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat