Azmin ‘Diserbu’ Didakwa Halang Nga Kor Ming Jadi Speaker Jemputan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ‘diserang’ di Dewan Rakyat hari ini oleh wakil-wakil rakyat DAP gara-gara dakwaan menghalang Ahli Parlimen (DAP-Teluk Intan) Nga Kor Ming menjadi Speaker undangan semalam.

Ahli Parlimen (DAP-Kota Melaka) Khoo Poay Tiong bangkit menyoal siapakah menteri kanan yang telah masuk campur dan salah guna kuasa menyekat Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun daripada mengundang Kor Ming sebagai Speaker jemputan semalam.

“Saya minta penjelasan siapakah menteri kanan yang telah masuk campur, salah guna kuasa. Ada seorang menteri kanan telah sekat Speaker mengundang Teluk Intan sebagai Speaker semalam?

“Saya nak tahu adakah menteri kanan tersebut ada dalam dewan pagi ini? Hari ini saya lihat ada dua menteri kanan di sini, adakah mereka salah seorang daripada mereka ada di sini? Sebagai ahli Parlimen kita ada hak untuk tahu,” ujar Poay Tiong.

Senada dengan desakan itu, Ahli Parlimen (DAP-Puchong), Gobind Singh Deo juga mencabar Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengakui dakwaan tersebut.

“Saya mencabar ahli Parlimen Gombak adakah beliau menteri kanan tersebut? Berdiri dan bangun dan jawab soalan itu sekarang,” tegas Gobind.

Azmin bagaimanapun menyahut cabaran itu dengan mengatakan bahawa ketika itu memang sesi soal jawab kementeriannya.

“Saya berani (berdiri) kerana ini sesi soal jawab,” kata Azmin.

Pun begitu, Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon tidak membenarkan perkara itu menganggu sesi soal jawab.

Semalam, sebuah akhbar Cina melaporkan bahawa seorang “menteri kanan kabinet” menghalang ahli Parlimen pembangkang, Nga Kor Ming dihalang daripda mempengerusikan sesi petang persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Menurut Sin Chew Daily, Nga telah diundang, secara bertulis, untuk mempengerusikan sidang itu oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun.

Laporan itu mendakwa bahawa keputusan berkenaan ditarik balik susulan “tekanan” daripada “menteri kanan kabinet” tersebut yang menghubungi speaker pada jam 1.50 tengah semalam ketika wakil rakyat sedang berehat rehat.

Berikutan itu, Azhar mempengerusikan sidang Dewan Rakyat yang bermula pada jam 2.30 petang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat