Hishamuddin Minta Maaf Kepada Waris Pejuang Yang Terkorban (Video)

- Advertisement -

KUDAT – Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menzahirkan permohonan maaf kepada seluruh keluarga dan waris wira-wira negara yang terkorban ketika tragedi berdarah di Lahad Datu.

Hishamuddin ketika ditemui SuaraTV menggesa masyarakat khususnya rakyat Sabah agar jangan menghina pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka yang telah bergadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara.

“Jangan menghina wira-wira kita (yang telah bergadai nyawa) semata-mata nak berpolitik. Saya percaya orang-orang Sabah juga tidak akan percaya dengan hujah seperti ini kerana mereka yang mengeluarkan kenyataan (menghina) biasanya terdiri daripada mereka yang terdesak.

“Saya terkilan, kecewa dan bagi pihak mereka saya meminta maaf kepada keluarga dan waris wira-wira yang telah terkorban ketika tragedi berdarah di Tanduo, Lahad Datu,” katanya sebentar tadi.

Beliau ketika menyampaikan ucapan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pingan-Pingan turut menceritakan keadaan wira-wira negara yang dibunuh dengan kejam.

“Dah lupa ke insiden Lahad Datu bagaimana anggota keselamatan kita dibunuh dengan kejam, mata dicungkil pipi dikikis (malah) ada yang kepala dipancung. Saya yang bawa jenazah mereka (yang terkorban) pulang (untuk dikebumikan).

“Disebabkan itu saya bertekad selagi saya di beri amanah selaku Menteri Luar Negeri, kita tidak akan benarkan bumi Sabah walau seinci pun dicerebohi dan kita telah buktikan dengan gagalkan cubaan mereka menceroboh bumi Sabah ini,” katanya lagi.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim dan Ketua UMNO Ledang, Datuk Ir Hamim Samuri.

Terdahulu, Datuk Mohamaddin Ketapi yang juga calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), mendakwa tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu hanya peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.

Bekas menteri pelancongan ketika era pemeritahan Pakatan Harapan (PH) itu turut menyifatkan tragedi tersebut sebagai sandiwara.

Dalam satu video ucapannya yang tular di media sosial, beliau berkata, pihak berkuasa ketika itu mengerahkan segala kekuatan sedangkan peperangan tidak berlaku.

Bagaimanapun, beliau tampil memohon maaf kepada anggota keselamatan berhubung video mempersenda mereka yang tersebar sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat