Wakil Rakyat Bebas Tidak Mampu Berkhidmat – Bung Muktar

- Advertisement -

TONGOD: Pengundi Kuamut diminta untuk menolak calon Bebas yang bertanding di kawasan berkenaan dalam pilihanraya negeri Sabah yang bakal berlangsung pada 26hb September yang akan datang.

“Saudara saya Datuk Masiung Banah (calon Bebas DUN Kiamut), dia orang baik, dia wakil rakyat berkesan tetapi waktunya sudah berakhir”, kata Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika bertemu jentera BN untuk DUN Kuamut di Pekan Tongod.

Kebaikan dan keberkesanan Masiung sebagai wakil rakyat selama ini kata Bung Moktar, bukan sebab beliau sebagai seorang individu tapi kerana Barisan Nasional (BN) yang diwakilinya sebelum itu.

“Calon Bebas ini tidak ada hala tuju, kalau dia menang pun, apa dia boleh buat untuk rakyat? Mungkin menang, lompat lagi”, kata Bung.

Justeru, Bung meminta pengundi di Kuamut untuk terus memberikan sokongan kepada calon BN, Datuk Juhari Janan kerana beliau mampu berkhidmat kepada rakyat jika menang di kawasan berkenaan berikutan kedudukan UMNO/BN yang sehaluan dengan kerajaan pusat Perikatan Nasional (PN)

Sebagai rekod, Masiung menang di DUN Kuamut dalam PRU 2018 atas tiket BN-UPKO, sebelum mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas yang pro kerajaan Sabah dibawah Warisan pada bulan November 2018.

Pada 29 Julai lalu, Masiung menjadi antara 33 ADUN yang menyatakan sokongan mereka terhadap Tan Sri Musa Aman yang menyaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal memohon kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pilihanraya negeri perlu diadakan sekali lagi dalam tempoh 29 bulan.

Masiung mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi mempertahankan kerusinya dalam pilihanraya negeri Sabah yang ke-16 – SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat