Mohamaddin Singgung Perasaan Keluarga Anggota Terkorban – ATM

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyifatkan tuduhan Datuk Mohamaddin Ketapi seakan memperlekehkan tugas dan tanggungjawab anggota tentera serta pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara.

ATM dalam kenyataannya menafikan bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, pada 2013 sebagai sandiwara negara.

“Ia kenyataan tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Kenyataan itu turut menyinggung perasaan keluarga anggota yang terkorban, bukan saja ATM tetapi juga Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata kenyataan itu.

ATM memberitahu pasukan itu berperanan sebagai benteng pertahanan negara dan sentiasa bersedia melaksanakan tugas terutama dalam mendepani pelbagai ancaman.

“Walau apa halangan atau cabaran yang mendatang, aspek pertahanan negara sentiasa didahulukan bagi mengekalkan kesejahteraan dan kedaulatan negara ini,” katanya.

ATM mengingatkan rakyat Malaysia tidak sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan dan mendatangkan kemudaratan terhadap keharmonian negara.

“Peranan rakyat Malaysia seharusnya bersama pasukan keselamatan menjaga kedaulatan dan maruah negara kerana ia tanggungjawab bersama.

“ATM dengan sokongan kerajaan dan rakyat akan terus dipersiapkan untuk menghadapi sebarang ancaman keselamatan, malah keupayaan ATM pada masa kini bukan sekadar mempertahankan kedaulatan negara tetapi juga berupaya menyumbang kepada keselamatan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Mohamaddin yang juga calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), dilaporkan mendakwa tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu hanya peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.

Dalam satu video ucapannya yang tular di media sosial, beliau berkata, pihak berkuasa ketika itu mengerahkan segala kekuatan sedangkan peperangan tidak berlaku.

Bagaimanapun, beliau tampil memohon maaf kepada anggota keselamatan berhubung video mempersenda mereka yang tersebar sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat