Mohammadin Sudah Minta Maaf Isu Dakwaan Hina Wira Negara – Shafie Apdal

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan memanggil Datuk Mohammadin Ketapi untuk meminta penjelasan berhubung kenyataan kontroversinya.

Calon DUN Segama itu didakwa menghina pengorbanan anggota tentera dan polis dalam insiden pencerobohan di Tandou, Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Memetik laporan Malaysiakini, Shafie mengambil maklum bahawa Mohammadin, yang juga bekas Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu telah meminta maaf atas kenyataan berkenaan,

“Dia (Mohammadin) sudah minta maaf. Saya akan panggil dia (untuk tanya) apa sebabnya,” kata Shafie ketika ditanya jika kenyataan akan diambil terhadap Mohammadin.

Bagaimanapun, Shafie tidak menganggap kenyataan Mohammadin telah mematahkan semangat juang Warisan Plus dalam menghadapi pertempuran pada 26 September ini.

“Kita akan teruskan perjuangan kita. Dia pun sudah mohon maaf,” katanya.

Terdahulu hari ini, Mohammadin dalam kenyataan menafikan dia membuat penghinaan itu dalam ucapannya yang dirakam video yang tular hari ini.

Dia juga mendakwa video yang disebarkan itu tidak menggambarkan keseluruhan ucapannya, permainan kotor untuk memburukkan partinya Warisan dan telah diputar belit.

“Walau bagaimanapun, saya ingin memohon maaf sekiranya video yang ditularkan dengan niat jahat tersebut mengguris hati anggota-anggota keselamatan keseluruhannya,” katanya.

Hari ini media melaporkan Mohammadin mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai suatu “sandiwara”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat