Malaysia tidak pernah gugur status negara Islam- Mufti Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Malaysia adalah negara Islam secara fikhi, syarie, sejarah dan geografi.

Tidak pernah gugur status bumi ini daripada status negara Islam, tegas Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil.

Fauwaz berkata demikian mengulas kenyataan Ronnie Liu dalam penulisannya bertajuk Malaysia Will Not and Should Not Become an Islamic State — Upholding Islam, Defending the Constitution, Preserving Diversity, Ronnie menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia tidak akan dan tidak sepatutnya menjadi sebuah negara Islam atau negara yang diperintah oleh ekstremisme agama.

Bekas Exco Negeri Selangor itu menegaskan Malaysia tidak akan dan tidak seharusnya menjadi sebuah Negara Islam atau negara yang diperintah oleh ekstremisme agama, namun pendirian itu tidak bermakna menolak Islam.

Menurutnya, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, peranan Raja-Raja Melayu dalam hal ehwal Islam serta institusi Islam yang sedia ada merupakan sebahagian daripada sistem perlembagaan negara yang perlu dihormati dan dilindungi.

Ketua Penerangan Parti Bangsa Malaysia itu berkata lagi, perkara yang perlu ditolak bukan Islam, sebaliknya agama yang diperalatkan untuk kepentingan politik sehingga mencetuskan perlumbaan untuk membuktikan parti mana lebih Islamik.

Katanya, persaingan politik sepatutnya berasaskan tadbir urus baik, keadilan, ketelusan, usaha membanteras rasuah, meningkatkan pendapatan rakyat dan melaksanakan reformasi institusi, bukannya menggunakan retorik agama untuk mendapatkan sokongan politik

Dalam penulisan berkenaan, Ronnie turut menolak pendekatan yang menurutnya boleh membawa kepada ekstremisme agama, sambil menegaskan keperluan mempertahankan kerangka perlembagaan dan masyarakat majmuk Malaysia.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat