JAS, APM meterai MoU pantau pencemaran alam sekitar

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkasakan penguatkuasaan, pemantauan pencemaran dan program-program kesedaran alam sekitar.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerusi kenyataannya memaklumkan, MoU itu telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah JAS, Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dan Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed di Dewan Baiduri, PETRA pada Khamis lalu.

Majlis menandatangani perjanjian itu turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) NRES, Datuk Nor Yahati Awang dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abd Shukor Mahmood.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAS, Dr. Norhazni Mat Sari.

Terdahulu Nor Yahati ketika berucap berkata, MoU ini akan memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua agensi, dan membantu menangani isu-isu alam sekitar di negara ini.

Beliau berkata, NRES melalui JAS telah mengambil langkah proaktif dengan menjalinkan kerjasama strategik dengan APM.

“Antaranya, perkongsian maklumat melalui kerjasama pintar, pencegahan pencemaran alam sekitar melalui rondaan, penguatkuasaan, hebahan dan kesedaran masyarakat serta pembangunan modal insan.

“Ianya merupakan inisiatif terbaik dan tepat pada masanya dalam usaha untuk memperkasakan aktiviti-aktiviti pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

Menurut beliau, bilangan pegawai penguatkuasa JAS di seluruh negara pada masa ini seramai 1,122 orang dan terdapat sejumlah 64,432 premis dan 36,626,135 kenderaan bermotor yang berpotensi mencemar, perlu diperiksa.

“Sejumlah 10,813 aduan tahun lalu telah diterima oleh JAS dan ianya meningkat saban tahun, dengan keluasan negara kira-kira 330,803 kilometer persegi agak mustahil untuk JAS melakukan tugas secara bersendirian, ”menurutnya lagi.

“Pelbagai strategi dan pendekatan telah dirancang supaya alam sekitar sentiasa terpelihara dari kerakusan penjenayah alam sekitar.

“Keupayaan APM yang mempunyai 50,000 orang anggota sebagai barisan hadapan, boleh bertindak mencegah pencemaran dari berlaku dan pemantauan ke atas lokasi-lokasi yang dikategorikan ‘hot spots’ dapat dipantau dengan lebih kerap.

“Pelbagai strategi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi menangani
isu alam sekitar samada di peringkat tempatan atau antarabangsa dan tanggungjawab ini tidak boleh bergantung kepada satu-satu agensi sepenuhnya sahaja.

“Tanggungjawab ini perlu diperluaskan bersama-sama dengan agensi-agensi lain supaya Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan bagi melestarikan alam sekitar dapat tercapai,” jelasnya.

“Penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama sebagai khalifah di atas muka bumi ini,” jelasnya lagi.

Tambah kenyataan itu, kerjasama ini akan turut melibatkan pendedahan dan latihan kepada anggota APAM berhubung jenis-jenis pencemaran di bawah bidang kuasa JAS mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Kolobarasi ini turut melibatkan kaedah penyaluran maklumat yang akan disalurkan kepada JAS untuk siasatan selanjutnya.

“Selain itu, anggota JAS akan diberi latihan oleh APM terutamanya dalam pengurusan bencana, pertolongan cemas dan lain-lain perkara berdasarkan bidang tugas APM,” tambahnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat