JENDELA dirikan 19 menara komunikasi baharu di Pensiangan

- Advertisement -

PENSIANGAN — Sebanyak 19 daripada 55 menara komunikasi di Parlimen Pensiangan berjaya didirikan manakala baki 36 sedang dalam proses pelaksanaan projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA)

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata Projek JENDELA merupakan salah satu usaha untuk memastikan parlimen itu mendapat liputan internet yang meluas dengan kekuatan yang stabil.

“Daripada sejumlah 36 menara yang berada di dalam proses pelaksanaan, 21 menara sudah pun memulakan kerja-kerja pembinaan dan 15 menara lagi membabitkan proses memuktamadkan tapak.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah berjaya menaiktaraf 127 Stesen Pemancar (4G/LTE) di sekitar parlimen ini dan baki 10 menara yang terletak di daerah Nabawan sedang dalam proses menaiktaraf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya melalui inisiatif JENDELA, capaian liputan mudah alih bagi kawasan berpenduduk di Parlimen Pensiangan mencatatkan peningkatan kepada 62.85 peratus bagi suku keempat tahun 2023 berbanding 40.97 peratus pada suku kedua tahun 2020.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang bertungkus lumus memastikan usaha bagi membantu rakyat mendapatkan kemudahan jaringan internet yang stabil dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera.

“Kepentingan teknologi digital menjadi keutamaan Kerajaan kerana peranannya yang telah mengubah hampir setiap aspek kehidupan serba moden masa kini,” katanya.

Tambahnya teknogi digital merevolusi dunia dan mengubah cara kita berkomunikasi, menjalankan perniagaan, dan mengakses maklumat.

“Dari aspek Pertanian, saya percaya pembangunan infrastruktur telekomunikasi di kawasan luar bandar bukan sahaja dapat merendahkan kos urus niaga malahan dapat meningkatkan kecekapan pasaran dan pertumbuhan sektor pertanian.

“Ini kerana barangan pertanian dapat dipasarkan ke luar dari kawasan luar bandar dan pasaran barangan pertanian menjadi lebih luas,” katanya.

Beliau menyeru semua pihak memberi kerjasama dalam pelaksanaan inisiatif JENDELA bagi merapatkan lagi jurang kesalinghubungan sebagai persediaan untuk menghadapi masa hadapan yang mendatang.

“Saya akan terus memberikan komitmen bagi membantu memastikan perjalanan inisiatif JENDELA di kawasan ini dapat berjalan dengan lebih lancar,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat