PRN Sabah: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu MENOLAK permohonan Musa Aman dan 32 ADUN lain

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan 33 Adun berhubung permohonan mereka untuk membatalkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah September depan.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim mendapati responden kedua dalam kes itu iaitu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah bertindak menurut Perlembagaan Sabah dalam memohon responden pertama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN.

“Responden pertama (Juhar) juga telah mengambil tindakan yang tertakluk pada bidang kuasanya untuk membubarkan DUN,” katanya semasa menyampaikan keputusan mengenai perkara itu di sini.

Permohonan yang dibuat oleh bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bersama 32 Adun lain itu adalah untuk semakan kehakiman terhadap keputusan membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu.

Selepas penghakiman dibacakan, 33 ADUN tersebut mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tersebut.

Pada 30 Julai lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri.

Pembubaran DUN Sabah itu rentetan kemelut politik yang menyaksikan Musa mengetuai beberapa Ahli DUN Sabah untuk menghadap Juhar selepas mendakwa memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

Berita selanjutnya akan menyusul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat