Video: BN Yakin Menang PRK Slim Kata Ismail Sabri

- Advertisement -

Slim: Barisan Nasional (BN) yakin calonnya Mohd Zaidi Aziz akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim pada 29 September ini, kata Naib Presiden UMNO Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya nampak semangat dengan dibantu rakan-rakan dari luar dengan dibantu oleh UMNO Tanjung Malim sendiri, dan daripada bahagian-bahagian lain.

“PAS ikhlas membantu kita (BN), jentera muslimah mereka pergi rumah kerumah seperti jentera wanita UMNO berkempen untuk calon BN, katanya ketika ditemubual wartawan SuaraTV semalam.

“Dari Kerjasama dari semua pihak tidak ada masalah, ujarnya lagi.

Ditanya peluang untuk memenangi majoriti tinggi, beliau menjangkakan majoriti yang akan diperolehi BN lebih baik berbanding keputusan PRU14 lepas.

PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zaidi, 43, dan dua calon bebas iaitu bekas guru, S. Santharasekaran, 44, dan peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, calon bebas.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi pada 15 Julai.

Allahyarham Mohd Khusairi memenangi DUN Slim semasa PRU11 pada 2004 dengan majoriti 4,875, PRU12 (majoriti 3,526), PRU13 (majoriti 3,853) dan PRU14 (majoriti 2,183).

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat