Adik Perempuan Kim Jong Un, Kini No 2 Paling Berkuasa di Korea Utara

Mohammadin Sudah Minta Maaf Isu Dakwaan Hina Wira Negara – Shafie Apdal

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan memanggil Datuk Mohammadin Ketapi untuk meminta penjelasan berhubung kenyataan kontroversinya. Calon...

Hishamuddin Minta Maaf Kepada Waris Pejuang Yang Terkorban (Video)

KUDAT - Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menzahirkan permohonan maaf kepada seluruh keluarga dan waris wira-wira negara yang terkorban ketika tragedi berdarah di...

Wakil Rakyat Bebas Tidak Mampu Berkhidmat Di Kuamut – Bung Muktar

TONGOD: Pengundi Kuamut diminta untuk menolak calon Bebas yang bertanding di kawasan berkenaan dalam pilihanraya negeri Sabah yang bakal berlangsung pada 26hb September yang...

Didakwa Pukul Rafizi Ramli, Ahli PKR Digantung Keahlian

CYBERJAYA - PKR hari ini mengumumkan keputusan menggantung keahlian Daing Muhammad Reduan Bachok yang didakwa memukul Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli semasa pemilihan...

Bomba Bantu Keluarkan Kanak-Kanak Tersepit Celah Pokok

BATU GAJAH - Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat selepas tersepit antara tiang elektrik dan sebatang pokok. Dalam kejadian kira-kira...

AGENSI perisikan Korea Selatan percaya, Kim Yo Jong, saudara perempuan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, kini berperanan sebagai “pemimpin de facto kedua” negara itu, tetapi belum tentu dilantik sebagai penggantinya.

Ha Tae-keung, seorang ahli perundangan parti pembangkang di jawatankuasa perisikan parlimen Korea Selatan, pada hari Khamis memberitahu wartawan bahawa Kim membantu menguruskan rejim dengan kuasa yang diamanahkan dari abangnya.

Dia sekarang bertanggungjawab atas hubungan negara terpencil itu dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan, menurut laporan perisikan yang diperoleh badan perundangan.

Dipercayai berusia awal 30-an, Kim Yo Jong adalah satu-satunya saudara dekat pemimpin itu dengan peranan awam dalam politik, baru-baru ini menerajui kempen baru yang lebih sukar untuk memberi tekanan kepada Korea Selatan.

“Asasnya adalah, Kim Jong Un masih memegang kuasa mutlak, tetapi telah menyerahkan sedikit kuasa dimilikinya kepada orang lain berbanding dengan masa lalu,” kata Ha, setelah taklimat tertutup oleh Perkhidmatan Perisikan Nasional Selatan.

“Kim Yo Jong adalah pemimpin kedua paling berkuasa,” tambah Ha, dalam transkrip ucapan yang dilihat oleh agensi berita Reuters.

Lebih banyak kuasa mengenai dasar ekonomi dan ketenteraan juga telah diturunkan kepada beberapa pegawai kanan yang lain, walaupun pada tahap yang lebih rendah, mungkin untuk mengurangkan tekanan pada Kim Jong Un dan membantunya mengelakkan diri daripada disalahkan atas sebarang kegagalan, kata Ha.

Kim Yo Jong mendapat perhatian menjelang sidang kemuncak abangnya dengan Presiden AS Donald Trump di Vietnam pada tahun 2019, ketika usahanya untuk memastikan semuanya berjalan lancar termasuk memegang tempat habuk rokok untuk pemimpin Korea Utara itu di sebuah stesen kereta api dalam perjalanannya.

Kemunculannya dalam kempen ke atas Korea Selatan tahun ini menunjukkan peranan dasar yang lebih besar daripada sekadar menjadi pembantu Kim, kata penganalisis.

Dia mengeluarkan kenyataan umum pertamanya ketika menyuarakan kritikan terhadap negara jiran itu, dan media negara Utara menggambarkannya sebagai memainkan peranan membuat keputusan.

Pada bulan Julai lepas, dia memberikan pandangan peribadi mengenai hubungan diplomasi dengan AS dalam satu kenyataan luar dari kebiasaan di media milik kerajaan, dengan mengatakan bahawa abangnya telah memberi kebenaran khas untuknya menonton rakaman perayaan Hari Kemerdekaan negara itu.

Ketika desas-desus dan spekulasi muncul pada bulan April mengenai kesihatan Kim Jong Un, adiknya dilihat sebagai berkemungkinan untuk mengambil alih jawatan dan meneruskan dinasti keluarga Kim sehingga salah seorang anak Jong Un cukup dewasa untuk mengambil alih.

Dalam pada itu, bertentangan dengan kenyataan Ha, Kim Yo Jong tidak hadir dalam pertemuan pleno pada hari Rabu, kata NK News, sebuah laman web berpusat di Seoul yang menjejaki Korea Utara. Perkara itu telah menimbulkan beberapa spekulasi peranannya telah dikurangkan – Al Jazeera

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Roscosmos Isytihar Planet Zuhrah Milik Rusia

MOSCOW – Ketua Agensi ­Angkasa Lepas Rusia, Roscosmos mengisytihar Zuhrah sebagai ­milik Rusia selepas satu kajian mendapati ada kehidupan di planet itu, lapor Daily...

Ahli Parlimen ‘Kantoi’ Lihat Gambar Lucah Ketika Sidang Parlimen Thailand

BANGKOK - Seorang wakil rakyat Thailand mencetus kontroversi memalukan apabila didapati melihat gambar lucah di telefonnya ketika sidang parlimen berlangsung. Portal Bangkok Post melaporkan, Ronnathep...

Bekas PM Paling Singkat Kanada, Meninggal Dunia

BELIAU hanya menjadi Perdana Menteri Kanada selama 79 hari pada dekad 80-an. Itulah kisah John Turner yang meninggal dunia pada usia 91 tahun semalam. Turner, pada...