Proses Jemputan Bersatu Dilulus Oleh MT UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA- Jemputan kepada Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyertai ikatan politik Muafakat Nasional (MN) diputuskan oleh Mesyuarat yang dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Haji Hassan dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beliau dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani jemputan tersebut berdasarkan kepada keputusan mesyuarat berkenaan.

Zahid mendedahkan perkara tersebut melalui ciapan Twitter beliau semalam bagi membetulkan salah tanggapan bahawa jemputan tersebut dibuat secara melulu.

Sejak semalam terdapat ketidakpuasan hati penyokong UMNO mengenai bocornya berita Bersatu dan PAS telah menubuhkan Perikatan Nasional secara sulit.

Perkara ini kemudiannya berlarutan apabila tersebar surat jemputan MN kepada Bersatu untuk menyertai ikatan mereka.

Pendedahan Zahid turut diperakui oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa semasa ‘retweet’ ciapan twitter Ahmad Zahid.

Menurut Annuar Musa, perbincangan mesyuarat Jawatankuasa MN pada 6 Ogos 2020 kemudiannya dibawa kepada Biro Politik UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Ogos.

“Surat dihantar kepada Bersatu pada 13 Ogos 2020 bertandatangan Presiden UMNO dan PAS. Pada 18 Ogos 2020, MN menerima jawapan bersetuju untuk menyertai MN daripada Presiden Bersatu.

Kenyataan Annuar ini turut disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melalui akaun twitternya semalam.

Penjelasan ini dipercayai dibuat setelah UMNO mendapat maklum balas yang salah mengenai kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan beberapa hari lalu yang menyatakan akar umbi UMNO tidak berpuas hati mengenai kemasukan Bersatu ke dalam MN.

Kenyataan Mohamad Hasan mengenai situasi ketidakpuasan hati akar umbi tersebut telah disalahtafsir bahawa jemputan dibuat tanpa pengetahuan beliau dan Majlis Tertinggi UMNO.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat