Penguatkuasa KPDNHEP Telan Pelbagai Tohmahan Sewaktu Bertugas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Penguat Kuasa Ke-50 Tahun 2022 kepada semua anggota penguatkuasa kuasa KPDNHEP di seluruh negara.

Beliau menggelar penguatkuasa KPDNHEP sebagai perwira dan hulubalang Malaysia.

Katanya, kerjaya sebagai penguatkuasa KPDNHEP itu berdepan banyak cabaran dan tohmahan.

Alexander juga turut berkongsi luahan perasaan Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam yang menceritakan cabaran yang dihadapi mereka.

“Tidak mengapa kami ditohmah, Tuhan tahu apa yang kita lakukan demi rakyat dan negara”. Itu kata-kata Azman kepada saya ketika kami berbincang mengenai pelbagai cabaran dan tohmahan yang terpaksa ditelan demi menjalankan tugas.

“Terlalu banyak jasa anggota Penguatkuasa KPDNHEP yang tidak dapat saya nyatakan, termasuk dalam merangka dasar dan strategi untuk kepentingan rakyat.

“Tanpa mengira waktu, siang malam bersilih ganti, tuntutan kerja demi negara tidak pernah mereka abaikan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Justeru, katanya lagi, demi aspirasi kepemimpinan negara dan hasrat rakyat kepada kita, beliau sentiasa bersedia berkhidmat bersama perwira tidak didendang ini, mengangkat kredibiliti serta martabat penguat kuasa KPDNHEP sebagai sebuah pasukan penguatkuasaan yang terbaik di Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat